Kau pakai mercedes ke apa ke peduli apa aku – Akmal
Jangan ingat kamu ‘tauke’, boleh tindas orang kampung saya.
Kau pakai mercedes ke apa ke peduli apa aku – Akmal
Dr. Muhamad Akmal Saleh memberi amaran kepada semua majikan serta ‘tauke’ syarikat supaya tidak menindas orang kampung.
Amaran tersebut diberikan selepas dia menerima aduan daripada 15 individu di kawasannya yang diarahkan oleh majikan mereka supaya mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan bermula 1 April ini.
Jelas Ketua Pemuda UMNO itu, perbuatan majikan tersebut seolah-olah menindas hak pekerja dan dia akan membantu pekerja yang ditindas itu untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnya di mahkamah.
“Saya sudah refer (rujuk) kes ini ke jabatan undang-undang negeri dan rakan-rakan peguam dalam UMNO. Untuk berhenti pekerja sama ada kontrak ataupun tetap tidak boleh dilakukan serta-merta.
“Abang dan kakak semua ada hak yang dijamin undang-undang. Jadi saya nak lawan kes ini dekat mahkamah. Semua kos peguam saya tanggung,” kongsinya dalam satu klip video yang dikongsi di laman Facebooknya semalam.
Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata, dia amat pantang sekiranya ada orang yang suka menganiaya penduduk kampungnya.
“Dia ingat dia tauke besar dan kita ini ‘mentimun’ sahaja ke kat bawah ini. Kau pakai mercedes ke apa ke peduli apa aku.
“Kalau ada pelajaran ke tiada pelajaran ke bukan hak dia (tauke) untuk menilai. Bagi saya bila dia buat orang kampung sebegini saya tidak boleh berdiam diri. Saya kena lawan,”ujarnya.
Maklum Muhamad Akmal lagi, peguamnya sudah menyiapkan segala keperluan untuk melawan kes tersebut.
“Jangan risau kita akan lawan dan peguam saya akan siapkan semua. Saya takkan biarkan sekiranya dianggap kita orang kampung tidak berani lawan dia (tauke).
“Kalau dia ingat dia boleh tindas orang kampung yang ada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sahaja, maaf mungkin dia lupa orang kampung ada Dr. Akmal kat sini,”tegasnya. K Online
Kau pakai mercedes ke apa ke peduli apa aku – Akmal
Baca Artikel Menarik:
- Hampir semua mahu pencen MP ditukar ke caruman KWSP
- Ramlan Harun pengerusi SPR baru
- Shamsuri, Rosnaida timang anak ke-12
- Penjelasan Anwar mengenai penjualan saham MAHB
- PROLINTAS akui kakitangan ditahan SPRM
- Pekerja IT hilang rupanya sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang
- Keris ada kuasa
- Jamal bakal dapat anak lagi diusia 65 tahun
- DAP payung yang tak boleh dibuka semasa hujan
- Mahathir ugut nak pecat saya 3 kali
- Mahathir ‘basuh’ pasukan Umno selama 45 minit
- Rafizi datang lagi
- Dilantik pakar UMCCed, ini kata Siti
- Zul Arifin didakwa miliki pistol tiruan, kurung remaja
- Ular sawa ditangkap bersama 70 biji telur di Kajang (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?
You must be logged in to post a comment.