Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor

Hamidin telah menghantar warkah surat menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah susulan teguran keras baginda semalam.

Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Hamidin Mohd Amin memaklumkan pihaknya sudah menghantar surat memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung ‘teguran’ baginda semalam.

Hamidin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun akan menjelaskan berhubung kemelut yang melanda bola sepak tanah air pada masa ini.

“Saya maklum dengan dukacita Tuanku Sultan Selangor tentang keputusan MFL (Liga Bolasepak Malaysia),” katanya selepas Majlis Pelancaran Liga Wanita Nasional (LWN) musim 2024 di Lalaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC).

“Saya telah menghubungi pihak Istana Selangor semalam dan hari ini disusuli dengan warkah surat menghadap (Sultan).”

Semalam, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa amat kecewa dan sangat dukacita dengan keputusan MFL serta ahli FAM, khususnya Hamidin, berhubung denda dikenakan terhadap Selangor FC kerana tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih pada 10 Mei.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda amat murka dengan keputusan itu yang dianggap tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku. FMT

Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati

Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?

Sudahlah kalah, lamaran ditolak

Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker