Walaupun ditembak, masih bersemangat bertugas

Muhammad Nur Hadith sedar risiko sebagai pengawal peribadi.

Walaupun ditembak, masih bersemangat bertugas

Tiada istilah trauma atau berputus asa walaupun hampir maut akibat cedera parah ditembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada April lalu.

Walaupun koma dan terpaksa menjalani tiga kali pembedahan usus di Hospital Cyberjaya namun ia tidak mematahkan semangat pengawal peribadi, Muhammad Nur Hadith Zaini, 38.

Muhammad Nur Hadith berkata, walaupun pergerakannya perlu berhati-hati dan tidak boleh melakukan kerja berat dalam tempoh enam bulan ke setahun namun semangat untuk terus berkhidmat dalam bidang itu tetap ada.

Menurutnya, akibat insiden itu, ususnya berlubang di tiga tempat serta terpaksa menerima 32 jahitan di perut namun bersyukur terselamat.

Mengimbas kembali kejadian itu, katanya, ketika itu ada terbau belerang di bangunan ketibaan KLIA sebelum terlihat mercun terbakar.

“Saya kemudian melindungi VIP (orang kenamaan) dan ketika itulah saya terkena tembakan di perut.

“Malah ketika ditembak pun saya masih nak bergerak untuk menjalankan tugas kerana tidak sedar sudah terkena tembakan itu namun dihalang kakitangan lain yang memaklumkan darah sudah keluar banyak,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, kerja sebagai pengawal keselamatan dan pengawal peribadi sama saja dan berdepan risiko namun tidak pernah berputus asa dan tetap akan berkhidmat dalam bidang itu.

“Saya juga mengiringi VIP itu baru saja enam ke tujuh kali kerana saya bukan bekerja sepenuh masa.

“Saya bersyukur dan tak sangka benda ini (tembakan) terjadi namun jika tidak berkerja sebagai pengawal peribadi pun, kalau ada orang lepas tembakan mungkin ada risiko kita terkena.

“Saya akan mula bekerja semula esok (hari ini) sebagai pengawal keselamatan di sebuah agensi media dan tetap akan mengambil kerja sambilan sebagai pengawal peribadi,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, mangsa cedera selepas ditembak oleh Hafizul Harawi yang mahu melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya ketika menunggu jemaah umrah di KLIA.

Bagaimanapun, satu tembakan tersasar manakala satu lagi tembakan mengenai bahagian perut mangsa.

Berikutan kejadian itu, suspek yang melarikan diri berjaya ditahan polis di Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan, pada 15 April lalu.

Pada 25 April lalu, Hafizul didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang, atas tuduhan cuba membunuh isterinya dan mencederakan pengawal peribadi mangsa di KLIA, 14 April lalu. HM

Walaupun ditembak, masih bersemangat bertugas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish

PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan

BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia

Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker