Tiga kerbau dalam Honda Odyssey dijumpai di tengah jalan

Tiga kerbau dalam Honda Odyssey dijumpai di tengah jalan

Bera: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati Honda Odyssey yang ditemuinya di Kampung Bukit Serdang, di sini, hari ini, ‘disumbat’ dengan tiga ekor kerbau.

Lelaki berusia 50 tahun itu pada mulanya memeriksa kenderaan itu selepas curiga dengan keadaannya yang melintang di laluan pada jam 3.20 pagi.



Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkeflee Nasir berkata, pengadu segera menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan berwarna kelabu itu dalam keadaan melintang di tengah jalan.

“Terdapat tiga ekor kerbau yang ‘disumbat’ di bahagian tempat duduk belakang. Haiwan itu dalam keadaan tidak bermaya kerana disyaki kesan ubat pelali,” katanya hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau pemilik yang kehilangan kerbau diminta segera menghubungi polis. HM



Tiga kerbau dalam Honda Odyssey dijumpai di tengah jalan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish



PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan

BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia



Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker