Pejuang Houthi serang 4 kapal di pelabuhan Haifa, utara Israel

Pejuang Houthi serang 4 kapal di pelabuhan Haifa, utara Israel

Pemberontak Houthi di Yaman memaklumkan pihaknya menyertai operasi ketenteraan dengan kumpulan pejuang Islamic Resistance di Iraq awal pagi tadi, menyasarkan empat kapal di pelabuhan Haifa di utara Israel.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree, dalam satu kenyataan di televisyen, berkata kedua-dua kumpulan itu melancarkan serangan dron ke atas dua kapal tangki simen dan dua kapal kargo di pelabuhan Haifa pada Sabtu.



Beliau berkata, kapal itu milik syarikat yang ‘melanggar larangan memasuki pelabuhan Palestin yang didudukinya’.

Sehingga kini, tentera Israel belum memberi maklum balas segera, walaupun awal bulan ini menafikan dakwaan sama oleh Houthi.

Menurut Saree lagi, Houthi menyerang Express Shorthorn di Mediterranean menggunakan dron sebagai sebahagian daripada strategi kumpulan itu untuk mengganggu perkapalan di laluan laut utama, sebagai solidariti dengan rakyat Palestin dalam perang di Gaza.

“Kedua-dua operasi itu berjaya mencapai objektif dan serangan itu kena tepat pada sasaran,” katanya.



Tiada pengesahan mengenai serangan terbabit dan Reuters tidak dapat mengesahkan dakwaan itu.

Houthi yang bersekutu dengan Iran, pertama kali melancarkan serangan dron dan peluru berpandu di laluan perkapalan itu pada November.

Dalam berpuluh-puluh serangan, mereka sudah menenggelamkan dua kapal, merampas sebuah lagi dan membunuh sekurang-kurangnya tiga kelasi. BH

Pejuang Houthi serang 4 kapal di pelabuhan Haifa, utara Israel



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Status kewangan Nedim punca penceraian Nora Danish?



Aeril Zafrel Dipaksa Wawa Zainal Potong Rambut [VIDEO]

Jemaah Indonesia buat ibadah haji sambil jual lontong



Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker