Ippo, mana anak saya? – Fara

Ippo, mana anak saya? – Fara

Ampang : “Saya nak tahu di mana anak saya, Ibrahim Afi Nur? Dah lama tak jumpa dia sejak Februari sampailah sekarang. Sebagai ibu, saya sangat-sangat rindukan Ibrahim,” kata isteri kepada komposer dan penyanyi, Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan, 36, yang masih tidak dapat berjumpa anak kedua mereka, Ibrahim Afi Nur, 2, yang tinggal bersama Ippo.

Fara berkata, sehingga kini dia gagal menghubungi Ippo untuk bertanyakan mengenai Ibrahim apabila segala usaha menerusi panggilan telefon dan mesej yang dikirim tidak mendapat sebarang jawapan.



“Sebenarnya, saya hanya nak selesaikan hal berkenaan anak saja. Ini kerana saya nak sangat berjumpa Ibrahim.

“Kiranya dari sambutan Tahun Baru Cina, Aidilfitri dan baru-baru ini, Aidiladha, masih tak jumpa Ibrahim. Saya rindu dan sedihnya lagi, di mana anak saya, Ibrahim berada? Itu yang saya nak tahu.

“Saya ada hubungi suami (Ippo) tapi dia tetap tak angkat, mesej pun tak ‘reply’ (balas). Saya memang tidak tahu di mana anak saya berada sekarang. Malah, Ippo datang hari ini pun tak bawa anak,” katanya.

Fara berkata, dia juga ada bertanya kepada Ippo mengenai di mana Ibrahim berada ketika ini, namun tidak mendapat sebarang jawapan kerana suaminya itu diam saja.



Dia turut mempersoalkan apa sebenarnya yang diinginkan Ippo.

Terdahulu, Fara ditemui pada sebutan keempat kes tuntutan nusyuz yang difailkan Ippo terhadap isterinya itu pada 12 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, di sini, hari ini.

Fara berkata, dia juga ada menghubungi keluarga Ippo termasuk bertanya ibu bapa mentuanya mengenai Ibrahim, namun hampa kerana mereka juga tidak mengetahui di mana anaknya itu berada.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Fara iaitu Rezal Mazli Abdul Muin berkata, sebutan kes tuntutan nusyuz berkenaan akan diteruskan menerusi pengurusan peguam kedua-dua pihak dan mahkamah pada 30 Julai depan.



“Hari ini, kami sebagai responden (Fara) juga baru mendapat jawapan kepada pembelaan terhadap kes nusyuz berkenaan, namun masih lagi belum membaca dengan menelitinya.

“Bagaimanapun mahkamah mengarahkan untuk kes ini (nusyuz) diteruskan kepada peringkat pengurusan dari segi dokumen, keterangan saksi dan akan disebut semula pada Julai nanti,” katanya.

Menurut Rezal, anak guamnya juga sudah memfailkan tuntutan hak penjagaan hadanah interim (sementara) yang sebutan kesnya pada 9 Julai depan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, Ippo ada memberitahu keadaan anaknya, Ibrahim yang berada dalam jagaannya baik-baik saja dan tidak pernah menghalang Fara datang bertemu kanak-kanak itu.



Tuntutan nusyuz dibuat Ippo terhadap Fara susulan isterinya itu didakwa keluar rumah tanpa izin dan tidak pulang sejak November tahun lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan mereka dikurniakan dua anak lelaki.

Bagaimanapun, ketika ini akibat kemelut rumah tangga yang berlaku, anak sulung mereka iaitu Yusof Zarin Nur, 4, kini di bawah jagaan Fara, manakala anak kedua, Ibrahim Afi Nur, 2, pula tinggal bersama Ippo. HM

Ippo, mana anak saya? – Fara



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish



PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan

BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia

Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker