3 jam terkandas bersama jenazah bapa mentua akibat van rosak

3 jam terkandas bersama jenazah bapa mentua akibat van rosak

Kota Kinabalu: Seorang lelaki terkandas lebih dua jam bersama jenazah bapa mentuanya apabila van dinaiki rosak ketika dalam perjalanan dari Sandakan ke Bogawan, Papar dekat sini, hari ini.

Kejadian itu turut dikongsikan pemilik akaun Facebook, Mohd Ariff Ahmad dengan video secara langsung lebih 30 minit mengenai situasi dialaminya yang ketika itu terkandas bersama jenazah bapa mentuanya.

Menurut perkongsiannya kira-kira 10 pagi itu, lelaki berkenaan mahu membawa bapa mentuanya menetap di kampung di Bogawan,

Bagaimanapun, bapa mentuanya dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.

“Al-fatihah untuk bapa mentua… baru mahu bawa di kampung bersama kami, rupanya meninggalkan kami semua.

“(Kami) dari Sandakan dalam perjalanan pulang ke Bongawan, pam brek bocor, terkandas beberapa jam sini. Kami berdua saja sekarang.. dugaan membuatkan air mata mengalir,” tulisnya.

Bagaimanapun, selepas menunggu kira-kira dua jam setengah, paramedik Hospital Tuaran tiba ke lokasi berhampiran simpang Kota Belud, Jalan Ranau – Tamparuli untuk mengesahkan kematian bapa mentuanya.

Sementara itu, dalam perkongsian kira-kira sejam lalu, Mohd Ariff berkata, dia kemudian menghubungi seorang rakan untuk mendapatkan bantuan perkhidmatan van jenazah yang berhampiran lokasi.

“Selepas dua jam setengah menunggu, pihak perkhidmatan kereta jenazah dari Ketiau, Putatan tiba.

“Perjalanan menghantar jenazah diteruskan dan diuruskan oleh keluarga sebaik tiba di Bongawan,” katanya. HM

3 jam terkandas bersama jenazah bapa mentua akibat van rosak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish

PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan

BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia

Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker