Syarikat yang ada kepentingan BlackRock beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, seluruh negara serta pasaran saham’ – Anwar
Syarikat yang ada kepentingan BlackRock beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, seluruh negara serta pasaran saham’ – Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak sikap pembangkang yang didakwanya mahu menjadi jaguh politik menghasut rakyat dengan terus memainkan isu penyertaan syarikat asing dikaitkan dengan Israel dalam penstrukturan semula kepentingan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Perdana Menteri menegaskan, pentadbirannya hingga kini tetap tegas dengan pendirian untuk tidak membenarkan mana-mana syarikat dari Israel supaya beroperasi di negara ini.
Beliau berkata, bagi syarikat asing yang mempunyai kaitan atau kerjasama dengan negara Zionis itu, Malaysia tidak mempunyai keupayaan untuk membatalkan kehadiran mereka kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan ekonomi negara.
“Saya membuat keputusan batalkan kerjasama dengan semua syarikat Israel yang operasi dari Israel. Baik, bagaimana syarikat (asing) yang ada operasi (ibu pejabat) di Amerika Syarikat (AS), Jerman, China, tapi ada kaitan dengan Israel, tiada upaya kita dalam keadaan sekarang membatalkannya.
“Kita runding dulu dengan GIP (Global Infrastructure Partners). Akhir tahun lalu, BlackRock Inc ambil alih. BlackRock ada operasi ataupun syarikat yang ada kepentingan BlackRock, yang beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, di seluruh negara dan di pasaran saham,” katanya.
Beliau mengulas demikian ketika ditemui media sebaik selesai solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz di sini hari ini.
Anwar menegaskan, kerajaan tidak mahu bertindak ke atas mana-mana syarikat asing yang didakwa mempunyai kaitan sokongannya dengan Israel, kerana langkah itu dikhuatiri akan menjejaskan ekonomi negara.
“Sementara kita keras memperjuangkan dan membela nasib rakyat Palestin, khususnya di Gaza, kita sedia berdepan dengan siapa saja.
“Tapi saya tidak mahu melemahkan kekuatan ekonomi negara. Kalau syarikat itu syarikat dari Israel saya tetap tegas (tak benarkan operasi di Malaysia). Itu yang saya nak jelaskan,” katanya.
Beliau juga terbuka dengan kritikan pembangkang berhubung isu syarikat asing ini, namun pada masa sama mereka harus bersama kerajaan dalam mencari penyelesaian terhadap konflik di Gaza.
“Ada yang kurang bersetuju, tak apa. Ada hak tak bersetuju. Tapi jangan jadikan ini wayang politik untuk menghasut. Bagi tahu saya apa lagi saya boleh buat untuk Gaza. Kalau ada cadangan nak buat apa lagi, boleh.
“Tapi janganlah gunakan ini, kerana orang yang beri lesen kebenaran untuk kapal Israel berlabuh (dulu), sekarang nak jadi jaguh. Saya Tak mahu ungkit benda lalu, sudah-sudahlah. Tapi saya harap kita bersatulah, boleh berbeda, itu soal lain.
“Di (Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)) Sungai Bakap bolehlah lawan, tetapi dalam soal Gaza ini, umat Islam di Malaysia bersatulah. Orang mati. Sakit dan kita cari jalan untuk menyelamatkan. Kalau nak apa yang disebut skor ‘political point’ ini bukan tempatnya,” katanya. BH
Syarikat yang ada kepentingan BlackRock beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, seluruh negara serta pasaran saham’ – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Dia bukan milikku dalam Islam
- Chef Wan diarah bayar saman kepada bekas menantu
- Dua Lipa berani pertahankan hak Palestine
- Ikan ‘gergasi’ belakang motosikal jadi perhatian (Video)
- Sudahlah curang, pukul isteri pulak
- Isteri minta fasakh dibunuh suami
- Vakum Noor Nabila Yang Berharga RM15,000 Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]
- Retorik bermusim Annuar Musa
- Noorkhiriah Mohon Maaf Kepada Anak Fauzi Nawawi
- Puteri Aishah Dedah Wajah Anak, Buat Netizen ‘Geram’!-“Hidung Ayahnya..”
- Anwar mahu projek ECRL yang diasaskan Najib dipercepatkan
- [VIDEO] Gelagat Amira Othman Usik Aishah Azman Raih Perhatian Ramai!-“Aku Nak Tangan Ko Je”
- Aliff Aziz dan Ruhainies hadir ke mahkamah syariah
- Abang saksi adik mati dilanggar van
- Pemandu van sekolah berulang kali meminta maaf
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.