Ustaz Don tak ambil ilmu feqah ke masa ambil diploma – Rozaimi

Puasa Aidiladha: Don Daniyal minta maaf beri jawapan keliru

Ustaz Don tak ambil ilmu feqah ke masa ambil diploma – Rozaimi

Selepas ditegur, selebriti program agama Don Daniyal Don Biyajid memohon maaf akibat kekeliruan yang timbul daripada jawapannya mengenai dibolehkan berpuasa pada hari raya kedua, ketiga dan keempat Aidiladha.

Dalam dua rakaman video pendek, Don mengakui jawapan yang diberikan di sebuah stesen radio swasta itu mengelirukan.



“Saya minta maaf sebab menjawab dalam keadaan mengelirukan.

“Saya minta maaf pada semua banyak-banyak, semoga Allah mengampunkan dosa kita semua. Jawapan yang betul pada hari raya Aidiladha tak boleh puasa dan pada hari tasyrik juga termasuk sekali hari raya kedua, ketiga dan keempat iaitu pada hari 11, 12 dan 13 (Zulhijjah),” katanya.

Terdahulu, Rektor Kolej Universiri Islam Perlis (KUIPs), Rozaimi Ramle mengkritik jawapan diberikan Don dalam slot soal jawab agama ‘Don Give Up’ di stesen radio Suria FM.

Don dalam slot soal jawab itu berkata seseorang Muslim dibolehkan berpuasa pada hari raya kedua, ketiga dan keempat pada Aidiladha.



“Kalau tanya boleh tak puasa pada hari raya haji? Tak boleh kalau pada hari raya yang pertama. Hari raya kedua, hari raya ketiga, hari raya keempat bolehlah. Sama juga macam Aidilfitri,” katanya.

Mengulas perkara itu, Rozaimi berkata adalah menjadi asas dalam agama bahawa hari-hari tersebut termasuk hari diharamkan berpuasa.

“Saya katakan apa yang difahami ia adalah hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah dan dinamakan hari Tasyriq. Imam al-Nawawi mengatakan bahawa ulama mazhab Syafie melarang berpuasa pada hari Tasyriq.

“Cuma ada sedikit perbincangan pada puasa hari Tasyriq bagi orang yang melakukan haji Tamattu’ dan Qiran dan tidak mempunyai hady (haiwan sembelihan).



“Sebahagian ulama mazhab Syafie membenarkan seperti Imam al-Nawawi walaupun beliau menyatakan Qaul Jadid Imam al-Syafie mengatakan tidak dibenarkan walaupun untuk orang yang melakukan haji,” katanya.

Rozaimi yang juga ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis turut mempersoalkan latar belakang pengajian Don Daniyal kerana tidak mampu menjawab soalan mudah dengan betul.

“Saya tidak tahu adakah ustaz ini tidak ambil subjek feqah masa diploma dahulu.

“Atau pun juga beliau ambil tetapi pensyarah beliau tidak habis silibus atau bab ini tidak masuk dalam soalan spot exam. Saya tidak tahu,” katanya sinis.



Ini bukan kali pertama Don Daniyal mengundang kontroversi.

Baru-baru ini selebriti dakwah itu direhatkan daripada terus bersiaran di Radio Television Malaysia (RTM).

Langkah tersebut dibuat beberapa hari selepas dia dikritik beberapa pihak ekoran dakwaannya berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Dalam dakwaan semasa bersiaran di sebuah stesen radio, Don mendakwa baginda pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan wanita berkenaan merupakan ‘cinta pertama’ Rasullullah. Mk



Ustaz Don tak ambil ilmu feqah ke masa ambil diploma – Rozaimi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gadis tawar seks dihantar ke Henry Gurney



Mawi dakwa nampak hari kiamat

Koyak berapa sentimeter pun cerita pada orang, malulah sikit

Mahathir ingatkan TMJ, tanpa persekutuan, Johor hari ini negeri koloni British

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker