Khalid Samad bidas MCA, bertanding pun kalah ada hati nak DUN Kota Lama

PETALING JAYA: Tiada guna MCA bertanding di DUN Kota Lama kerana sering kalah pada pilihan raya sebelum ini, kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang bertegas parti itu akan mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU16.

Beliau berkata, Adunnya Dr Hafidzah Mustaqim berkhidmat dengan baik setakat ini, selepas mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi kubu kuat PAS itu pada PRN Ogos lalu.

Khalid turut menyifatkan tiada lagi istilah kerusi tradisi seperti didakwa Ketua MCA Kelantan, Chua Hock Kuan semalam kerana parti itu “melepaskannya” pada PRN lalu, selain agihan kawasan bertanding telah dipersetujui BN.



“Paling penting sekarang, kita nak menang di sebanyak mungkin kawasan, terbukti calon Amanah telah memperoleh kemenangan untuk kerajaan perpaduan dan keputusan itu perlu diakui MCA sebagai anggota BN.

“Jadi, kalau MCA nak bertanding, tapi kalah apa gunanya? Keputusan sebelum ini membuktikan mereka tak boleh menang,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Chua bahawa tiada kawasan lain lebih sesuai daripada DUN Kota Lama yang ditandingi MCA secara tradisi ekoran keengganan Amanah menyerahkan kerusi itu kepada parti lain pada PRU16.

Chua dilaporkan berkata, tiada kerusi lain dengan pengundi Cina mencecah 30% di Kelantan dan parti itu juga tidak pernah berhenti berkhidmat di kawasan berkenaan.



Minggu lalu, Ketua BN Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub dilaporkan berkata MCA akan diberikan sebuah kerusi DUN untuk bertanding pada PRU16.

Kali terakhir MCA memenangi DUN Kota Lama pada PRU 1995. Tetapi, sejak PRU 1999 sehingga 2023, PAS menguasai kerusi itu melalui calonnya, Anuar Tan Abdullah sebelum dimenangi wakil Amanah pada PRN enam negeri Ogos 2023 selepas bekerjasama dengan BN.

Mengulas lanjut, Khalid berharap MCA menjadi komponen kerajaan perpaduan yang positif dengan mementingkan perkhidmatan kepada rakyat, bukan mengejar kerusi semata-mata.

“Buang masa kalau nak bertanding atas dasar lambang, paling penting sekarang kena pastikan kemenangan calon perpaduan daripada berebut kerusi. Itu baru ada sifat kerjasama dan kebersamaan yang positif,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gadis tawar seks dihantar ke Henry Gurney



Mawi dakwa nampak hari kiamat

Koyak berapa sentimeter pun cerita pada orang, malulah sikit



Mahathir ingatkan TMJ, tanpa persekutuan, Johor hari ini negeri koloni British



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker