Kerajaan Madani tegas, 3 syarikat logistik didakwa naik harga tanpa sebab

MELAKA: Tiga syarikat pengangkutan di Melaka yang gagal memberikan penjelasan kewajaran tindakan menaikkan harga perkhidmatan dalam Op Kesan 2.0 yang dilaksanakan sejak 6 Jun lalu bakal didakwa di mahkamah minggu depan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Norena Jaafar, berkata pihaknya telah mengeluarkan notis bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kepada ketiga-tiga syarikat berkenaan, namun semuanya gagal memberi respon dalam tempoh ditetapkan.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati ketiga-tiga syarikat pengangkutan berkenaan telah diluluskan permohonan ‘fleet card’ di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).



“Syarikat terbabit antara 41 penerima manfaat SKDS 2.0 yang telah diperiksa bagi mengesan sebarang kenaikan caj perkhidmatan atau kenaikan harga yang tidak munasabah,” katanya kepada pemberita di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Mengulas lanjut, Norena berkata KPDN Melaka akan terus meningkatkan pemeriksaan ke atas syarikat penerima manfaat SKDS di sekitar negeri itu secara berperingkat bagi mengekang kenaikan harga perkhidmatan atau barangan yang tidak munasabah.

Beliau berkata setiap hari, lima kumpulan membabitkan 17 penguat kuasa akan digerakkan bagi memeriksa syarikat terlibat dan notis bertulis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 akan dikeluarkan sekiranya mereka dikesan melakukan kesalahan berkaitan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kenaikan harga barang atau perkhidmatan melibatkan penerima manfaat SKDS boleh melaporkannya kepada KPDN di talian 012-6654292 agar tindakan lanjut boleh diambil,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gadis tawar seks dihantar ke Henry Gurney



Mawi dakwa nampak hari kiamat

Koyak berapa sentimeter pun cerita pada orang, malulah sikit



Mahathir ingatkan TMJ, tanpa persekutuan, Johor hari ini negeri koloni British



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker