Pelajar asrama di Jempol pulak keracunan makanan

Pelajar asrama di Jempol pulak keracunan makanan

Seramai 24 pelajar tingkatan satu hingga lima sebuah sekolah asrama penuh di Jempol, Negeri Sembilan dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah tengah hari di asrama sekolah itu, semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) Datuk Dr Roslan Hussin berkata sembilan daripada mereka telah dibenarkan pulang hari ini sementara 15 lagi pelajar masih berada di wad Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah bagi menerima rawatan susulan.



Beliau berkata kesemua pelajar yang masih dirawat berada dalam keadaan stabil.

“Kesemua mereka disyaki mengalami keracunan makanan selepas menikmati makan tengah hari di dewan asrama sekolah. Kira-kira 8 malam, mereka mengadu mengalami cirit birit dan muntah kepada warden bertugas sebelum dihantar ke HTAN,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya pihak Pejabat Kesihatan Daerah masih menyiasat punca sebenar kejadian dan berharap ibu bapa pelajar sekolah itu tidak berasa risau kerana pihak JPNS telah mengambil langkah sebaiknya. Mk

Pelajar asrama di Jempol pulak keracunan makanan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)



1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih

Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh



Kalau tak boleh gurau, duduk surau

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker