Bukit Aman minta campur tangan SKMM tangani sebaran ‘fakta kes’ Zayn Rayyan
PETALING JAYA: Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkaitan penyebaran maklumat di media sosial yang didakwa fakta siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata polis juga akan berhubung dengan SKMM untuk menurunkan kandungan berkenaan yang dikesan dimuat naik ke satu akaun Telegram.
“Saya ingin katakan sekali lagi, segala perkara membabitkan siasatan ini harus datang dari pihak rasmi.
“Ia memang boleh mengganggu perjalanan perbicaraan yang akhirnya kita tidak akan mendapat keadilan kepada arwah adik Zayn Rayyan itu sendiri,” katanya menurut Berita Harian.
Shuhaily berkata, polis juga akan menjalankan siasatan sehingga ke akar umbi untuk mengenal pasti pihak menyebarkan maklumat berkenaan.
“Saya tidak akan teragak-agak untuk mendakwa pihak itu kerana segala penat jerih rakan-rakan (pasukan siasatan) lain dalam menyiasat (kes Zayn Rayyan) boleh tergugat dengan perkara yang berlaku ini.”
Semalam, ibu bapa kanak-kanak autistik enam tahun itu, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, mohon dibicarakan atas tuduhan mengabaikan Zayn Rayyan, ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak. Pasangan itu berdepan denda sehingga RM50,000 atau pemenjaraan tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Zayn Rayyan dilaporkan hilang di Damansara Damai pada 5 Dis tahun lepas. Dia ditemui meninggal dunia keesokannya dekat anak sungai kira-kira 200m dari rumahnya.
Bedah siasat menemui kesan luka, termasuk kecederaan akibat mempertahankan diri, manakala punca kematian dipercayai akibat dicekik.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Leftenan Jeneral ‘samseng’, berani ugut polis guna pangkat tentera
- Wanita, kanak-kanak cedera dilanggar ketika melintas [VIDEO]
- Rakyat bosan dengan ‘warlord’ – Akmal
- Lelaki digigit ular berkepala dua (Video)
- BMW langgar treler rosak, 4 maut
- Saya kena maki berbakul-bakul – Anwar
- Bezza terbabas, isteri baru dikahwini maut, suami parah
- Yasin dakwa Anwar datang ‘menjenguknya’ di Hospital Bahagia
- Daim, keluarga heret Anwar ke mahkamah
- Keracunan makanan: Bapa tunggu laporan bedah siasat
- Puasa sunat Arafah jatuh pada Ahad
- Ahli PKR didakwa lakukan sumbang mahram
- Sudah ada petunjuk besar?
- DAP perlu sensitif, JPN perlu proaktif jelaskan isu kewarganegaraan
- Pelajar kecewa pensyarah gagalkannya walaupun diserahkan badan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)
1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih
You must be logged in to post a comment.