Zaim, Ismanira didakwa abai Zayn Rayyan

Zaim, Ismanira didakwa abai Zayn Rayyan

Ibu dan bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.



Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini, pada pukul 12 tengah hari pada 5 Disember hingga pukul 9.55 malam 6 Disember lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



“Saya faham pertuduhan, saya tidak mengaku bersalah,” kata kedua-dua tertuduh tenang ketika masing-masing ditanya pengakuan untuk direkodkan.

Terdahulu sebelum pertuduhan dibacakan semasa ditanya jurubahasa sama ada kedua-dua tertuduh sihat atau tidak, Zaim Ikhwan menyatakan sihat manakala Ismanira pula mengatakan dia tidak sihat dan mengalami muntah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron manakala peguam Fahmi Abd. Moin dan Mahmud Abdul Jumaat masing-masing mewakili Zaim Ikhwan dan Ismanira.

Pada prosiding awal pagi sebelum didakwa peguam Mahmud yang mewakili Ismanira enggan mengulas mengenai seksyen atau pertuduhan yang akan dikemukakan terhadap anak guamnya.



Ketika ditanya adakah anak guamnya akan dipertuduhkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, peguam itu menjawab tidak pasti.

Sebelum itu, peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa Zayn Rayyan ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua tertuduh yang direman akan didakwa pagi ini.

Sebelum ini pasangan itu ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini di Mahkamah Petaling Jaya bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Kedua-dua pasangan berusia 29 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.



Pada 7 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya. K Online

Zaim, Ismanira didakwa abai Zayn Rayyan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)

1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih



Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker