Puasa sunat Arafah jatuh pada Ahad

Puasa sunat Arafah jatuh pada Ahad

Puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Ahad, 16 Jun bersamaan 9 Zulhijjah 1445 Hijrah, melalui kaedah rukyah dan hisab yang diputuskan Jabatan Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohd Naim, berkata penentuan tarikh 9 Zulhijjah berbeza mengikut matla’ (permulaan terbit anak bulan) di negara masing-masing.



“Bagi Malaysia, kita menetapkan (9 Zulhijjah) berdasarkan kaedah rukyah dan hisab. Ini bermakna puasa sunat Arafah pada Ahad ini.

“Aidiladha yang diputuskan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 17 Jun 2024 (Isnin).

“Umat Islam yang tidak mengerjakan haji digalakkan berpuasa pada Hari Arafah kerana banyak kelebihannya,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai kekeliruan umat Islam sama ada puasa hari Arafah bagi rakyat di negara ini jatuh pada 15 Jun, Sabtu mengikut ketetapan Arab Saudi atau sebaliknya mengikut ketetapan falak di tanah air.



Asmadi juga berkata, umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadat dan doa pada 9 Zulhijjah yang juga bersamaan dengan Hari Wukuf di Arafah, Makkah.

“Kita memang sentiasa digalakkan berdoa pada bila-bila masa. Namun, berdoa pada waktu makbul doa adalah satu kelebihan.

“Justeru, umat Islam di negara ini (jangan keliru), kita berdoa waktu mustajab hari Arafah berdasarkan (ketetapan) di Malaysia,” katanya.

Hari Arafah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia adalah hari mustajab doa, menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas, selain hari keampunan serta pelepasan dari api neraka. BH



Puasa sunat Arafah jatuh pada Ahad

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis



Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]



‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker