Mak Cik India suap pesakit Melayu dipuji netizen (Video)

Mak Cik India suap pesakit Melayu dipuji netizen (Video)

Satu video tular menunjukkan seorang mak cik berbangsa India menyuapkan seorang pesakit lelaki Melayu di sebuah wad.

Perkongsian video itu meraih banyak komen daripada netizen Malaysia yang memuji keindahan masyarakat majmuk di negara ini.



Pengguna TikTok bernama Jamz menulis: “Melihat dia kesulitan , keluarga ada untuk membantunya.”

Dia turut menyatakan: “Apabila pesakit lain di katil lain pun penting.”

Pesakit tersebut kelihatan sebak melihat layanan diberikan oleh mak cik India tersebut yang terus menyuapkannya makanan seperti melayan anak sendiri.

“Seorang ibu akan tetap seorang ibu, tak mengira bangsa” tulis seorang netizen yang menegaskan bahawa naluri keibuan itu sentiasa ada dalam seorang wanita bergelar ibu.



Ada juga yang menyatakan mereka mengalirkan air mata melihat ‘amma’ menyuapkan pemuda itu makanan.

Penyanyi lagu Tamil popular Zubir Khan turut tersentuh melihat video itu sambil menyatakan, inilah perkara yang dia mahu lihat dalam Malaysia, setiasa menyatukan semua.

Ikhmal menulis: “15 tahun lepas aku accident dengan abang aku, ada satu family berbangsa Cina bantu aku hantar ke hospital siap jaga aku macam anak dia. Tapi sayang aku tak sempat cakap terima kasih, kalau untie tengok comment ni.”

Seorang lagi menulis: “Teringat aku time accident patah peha bulan 1 hari tu sebelah kiri uncle cina selalu tolong angkatkan katil time aku nak makan dengan tidur. Di sebelah kanan ada India walaupun tangan dia bergari, tetap tolong aku bukakan makanan.”



Yang lain menulis: “Tempat terbaik untuk belajar nilai kemanusiaan adalah di hospital.” Vc

[videopress WDbwth8O]

Mak Cik India suap pesakit Melayu dipuji netizen (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don



Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker