Jaga rumah sendiri dulu Sanusi

Jaga rumah sendiri dulu Sanusi

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, meminta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, supaya menjaga “halaman rumah” sendiri terlebih dahulu sebelum menawarkan untuk menjual air terawat kepada Pulau Pinang.

Kon Yeow berkata, Muhammad Sanusi sepatutnya menjaga negeri sendiri sebelum mendakwa Pulau Pinang tidak mempunyai air walaupun menjadi negeri membangun.



Beliau berkata, mereka yang melawat Langkawi kini amat maklum mengenai isu yang timbul akibat kebocoran pada saluran paip bekalan air terawat dasar laut yang menghubungkan tanah besar ke Langkawi, yang masih belum diperbaiki sepenuhnya.

“Jadi, jaga Kedah dulu sebelum tuduh Pulau Pinang.

“Ya, saya memang akui ada isu (air) di beberapa kawasan tetapi kita sudah mengambil langkah untuk menangani isu itu,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya Kerajaan Perpaduan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, malam tadi.

Sanusi, dalam ucapannya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) bagi PRK Sungai Bakap pada Sabtu lalu, berkata Kon Yeow dialu-alukan untuk berunding dengannya bagi membeli lebihan air terawat daripada Loji Rawatan Air (LPA) Lubuk Buntar untuk negeri jirannya itu.



LPA Lubuk Buntar terletak di Bandar Baharu, kira-kira 16 kilometer (km) dari sempadan Kedah-Pulau Pinang.

Kon Yeow turut menegur Sanusi bahawa isu air tidak ada kaitan dengan kaum.

“Sanusi, ketika menyentuh isu air di Pulau Pinang, khususnya Sungai Bakap, pernah berkata majoriti terjejas adalah orang Melayu.

“Kita tahu ini tiada kaitan dengan kaum. Ia memberi kesan kepada semua orang.



“Sanusi mempunyai cara berfikirnya sendiri tetapi beliau sangat disenangi kerana orang suka mendengar sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya.

Kon Yeow berkata, beliau akan menghadapi apa juga cabaran bagi menunaikan tanggungjawabnya.

“Saya berdiri di sini untuk menangani isu air.

“Kami tidak lari daripada tanggungjawab. Jika ada masalah, kami akan cari jalan penyelesaian,” katanya.



Kon Yeow turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, atas maklum balas segeranya terhadap perkara itu.

Sementara itu, Mahdzir turut meminta Sanusi fokus menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Kedah terlebih dahulu sebelum memikirkan untuk menjual komoditi itu kepada Pulau Pinang.

Katanya, idea sedemikian adalah tidak realistik berikutan Kedah pada masa ini mempunyai margin rizab air sifar. BH

Jaga rumah sendiri dulu Sanusi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis



Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker