Ismail tak tunggu saya lagi – Mahathir

Ismail tak tunggu saya lagi – Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pembantunya, Ismail Manaf yang meninggal dunia hari ini sebagai seorang yang luar biasa setianya, tidak pernah tidak datang kerja dan tidak pernah cuai.

Menerusi kenyataan di laman Facebooknya, Dr Mahathir berkata, Allahyarham yang setia bersama beliau sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1970-an sehingga semalam, masih lagi datang bekerja.



“Hari ini saya berasa sangat sedih. Saya kehilangan seorang kawan baik, pembantu dan penyokong kuat saya yang meninggal dunia pagi tadi. Hari ini Ismail tak tunggu saya lagi. Saya kehilangan seorang pembantu yang ikhlas. Saya amat terasa kehilangan Ismail,” katanya.

Dr Mahathir berkata, apabila beliau datang pejabat, tidak pernah Ismail tiada di pejabat dan Allahyarham setia menunggu untuk membuat kerja-kerja yang diperlukan.

Beliau percaya Allahyarham berkhidmat bukan semata-mata untuk mendapat upah, tetapi kerana melakukan sesuatu yang baik.

“Semalam Ismail tidak sihat dan sepatutnya bercuti hari ini. Sebelum pulang kami sempat bersalaman. Saya tidak sangka itulah kali terakhir kami berjumpa. Itulah ketentuan Allah SWT, setiap yang hidup pasti akan mati,” katanya. BH



Ismail tak tunggu saya lagi – Mahathir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor



Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]



‘Drama’ kian terungkai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker