Hilang RM4 juta sekelip mata
Hilang RM4 juta sekelip mata
Shah Alam: Wanita warga emas kerugian lebih RM4 juta selepas terpedaya dengan tawaran skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata wanita berusia 63 tahun yang juga pesara sebuah syarikat swasta membuat laporan berhubung pelaburan tidak wujud pada jam 12.32 tengah malam, hari ini.
Katanya, wanita berkenaan melaporkan melihat iklan pelaburan di laman Facebook berkenaan pelaburan saham pada pertengahan Mac lalu.
“Pengadu kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp dan diminta untuk membuka satu akaun pelaburan iaitu Foreign Direct Investment (FDI) Hub bertujuan untuk melabur dalam pasaran saham tempatan yang mana dia dijanjikan keuntungan sebanyak 11 hingga 13 peratus daripada nilai pelaburan yang dibuat.
“Selepas melihat peningkatan peratusan keuntungan yang diperoleh dalam pelaburan berkenaan, mangsa tertarik seterusnya membuka akaun dengan FDI Hub dan membuat 42 transaksi berjumlah keseluruhan RM 4,749,214.
“Setelah keuntungan mencapai sebanyak RM11.3 juta, pengadu mahu membuat pengeluaran wang daripada sistem terbabit namun mendapati tiada sebarang kemasukan wang ke akaun bank miliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebat, dan juga hendaklah dikenakan denda.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan pelaburan saham, cryptocurrency atau apa-apa jenis pelaburan yang ditawarkan atas talian melalui media sosial, yang kononnya menawarkan pulangan keuntungan yang besar dalam masa yang singkat.
“Orang ramai diingatkan agar membuat pelaburan di platform yang sah dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan segera menghubungi mana-mana balai polis atau talian hotline PDRM untuk pertanyaan jika mendapati ada iklan atau tawaran pelaburan atas talian yang mencurigakan,” katanya. HM
Hilang RM4 juta sekelip mata
Baca Artikel Menarik:
- RTM rehatkan Don Daniyal
- OKU dicederakan pengiring TMJ dirakam keterangan di Bukit Aman
- Mahkamah benar Najib, Wan Rosdy fail afidavit
- Lelaki larikan kereta dan warga emas di stesen minyak ditahan
- Pyan Habib dalam kenangan
- Itu rumah saya, bukan surau – pemilik Kg Sri Makmur lapor polis kenyataan PTD Gombak
- Suami BCL seleweng dana syarikat
- Penyamun larikan kereta bersama warga emas dirakam CCTV [VIDEO]
- https://mykmu.net/2024/06/04/keluarga-melayu-islam-makan-babi-kerana-kesilapan-penghantar-makanan/
- ‘Saya nak papa, mama’ – Anak sulung pasangan suami isteri maut undang sebak [VIDEO]
- ‘Kami tidak keluar Bersatu, hanya mahu peruntukan kerajaan’ – MP Bersatu
- Cliff Umar akhirnya bersuara selepas kantoi
- Polis sahkan menembak mati 2 lelaki di RnR Tanjung Malim
- Filipina sedia berperang jika rakyatnya dibunuh di laut China Selatan
- Ibu bapa Zayn Rayyan kini disyaki suspek pembunuhan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor
Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.