DBKL binasakan rumah dan kedai haram warga asing di Bandar Baru Sentul

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan 27 struktur kediaman milik warga asing termasuk tiga kedai runcit, sebuah surau dan satu struktur perniagaan besi buruk yang telah dikosongkan.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan diambil menerusi Operasi Tindakan Bersepadu Roboh Struktur bersama Pasukan Agensi di Lot 201224, Jalan 1/48A di Bandar Baru Sentul jam 9.30 pagi ini.

Tindakan roboh dilakukan berdasarkan kesalahan di bawah seksyen 46 (1) (a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.



“Operasi bersepadu membabitkan beberapa jabatan dalaman DBKL seperti Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Penilai dan Pengurusan Harta serta Pejabat Cawangan Batu.

“Turut disertai oleh beberapa agensi seperti Pejabat Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Air Selangor (SYABAS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

Katanya lagi, Operasi bersepadu berjalan lancar dengan kerjasama daripada semua agensi yang terbabit dan tindakan sama akan diteruskan di lokasi lain dari masa ke semasa.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor



Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]



‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker