Ancaman bom, polis rakam keterangan Tiong

Ancaman bom, polis rakam keterangan Tiong

Polis akan merakam keterangan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing susulan kejadian ancaman bom di bangunan menempatkan pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Ketua Polis Putrajaya A Asmadi Abdul Aziz berkata keterangan Tiong akan diambil hari ini.



“Keterangan saksi-saksi lain telah diambil dan kita akan merekod keterangan menteri (King Sing) dijangka tengah hari ini,” katanya menurut Sinar Harian.

Semalam, kakitangan dan pelawat di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) di Putrajaya diarah mengosongkan bangunan tersebut susulan ancaman bom.

Bagaimanapun, polis mengesahkan bungkusan yang dialamatkan kepada menteri berkenaan adalah sebagai ancaman bom palsu.

Asmadi berkata Unit Pemusnah Bom menjalankan pemeriksaan menggunakan dua ekor anjing pengesan dan teknologi untuk mengesahkan perkara terbabit.



Dilaporkan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, bungkusan berisi bahan letupan menyerupai bom itu dihantar menerusi syarikat kurier pada 11.19 pagi. FMT

Ancaman bom, polis rakam keterangan Tiong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor

Mari kita lihat siapa yang kena



Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker