Kenalan atuk jadi suami

Kenalan atuk jadi suami

Pasangan tular yang menimang cahaya mata lima hari lalu diusia suaminya 80 tahun dan isteri 42 tahun tidak sangka kenalan datuknya merupakan ‘imam’ yang dinikahi 10 tahun lalu.

Mengimbas kembali detik perkenanalan itu suami isteri tersebut, Yob Ahmad, 80, dan Zaleha Zainul Abidin, 42, berkata, dia sudah lama mengenali Pak Yob kerana merupakan kenalan kepada atuknya.

Katanya, walaupun tiada sebarang pertalian darah, tetapi hubungan baik dengan Pak Yob adalah sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

“Pak Yob rapat dengan atuk dan bapa saudara saya. Jadi dari remaja saya dah kenal dan hormat Pak Yob.

“Selepas perkahwinan pertama gagal, saya tertarik dengan sikap Pak Yob yang sangat pengasih dan penyayang. Bercakap dengan orang pun mesti suara yang sangat lembut ibarat seperti sutera.

“Dia (suami) juga mempunyai pegangan agama yang kuat,” jelasnya.

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan Yob atau mesra disapa Pak Yob sedang mengiqamatkan zuriat pertama pada usianya sudah mencecah 80 tahun.

Video anak perempuan Pak Yob selamat dilahirkan oleh isterinya pada 31 Mei lalu, pukul 9.30 malam tular di media sosial sehingga mendapat lebih 2.5 juta tontonan.

Zaleha yang menetap di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang berkata, dia dan suami berasa sangat terkejut dan berada di luar jangkaan mereka ketika mengetahui dirinya hamil selepas mendirikan rumah tangga selama 10 tahun. K Online

[videopress Z6Xdfr9Z]

Kenalan atuk jadi suami

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor

Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker