Kamal Bakar ditidurkan di ICU

Hidap kanser paru-paru

Kamal Bakar ditidurkan di ICU

PELAKON senior, Kamal Bakar, 62, kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Melaka disebabkan kekurangan oksigen dalam badan berpunca daripada masalah paru-paru yang dihidapi.

Anaknya yang juga pelakon, Hanis Kamaruldzaman, 35, berkata, bapanya itu mula menunjukkan perubahan pada petang Isnin apabila hanya mendiamkan diri dan tidak banyak bercakap.



Akibat bimbang dengan keadaan tersebut, dia kemudian menghubungi ambulans sebelum dibawa ke hospital.

“Ayah saya sekarang masih ditidurkan sejak malam Isnin kelmarin. Pihak hospital sedang sedaya upaya mengesan masalah paru-paru yang dialami itu adakah disebabkan kanser yang dihidap atau jangkitan kuman.

“Dia ditidurkan berpunca daripada oksigen drop. Dia mulanya sesak nafas sewaktu di rumah.

Pada petang Isnin itu dia macam dah nampak lain, bila kita panggil nama dia, dia diam sahaja dan tidak menyahut. Tetapi mulut bergerak macam sedang berzikir.



“Kemudian panggil ambulans, doktor sampai rumah tengok keadaan ayah semua dan mendapati oksigen rendah dan terus bawa ke hospital,” katanya.

“Tambah Hanis, doktor kemudian mengambil keputusan untuk menidurkan bapanya selepas dia meracau disebabkan oksigen yang dibekalkan masih tidak mencukupi.

“Di hospital, doktor kata, pada satu tahap ayah macam dah meracau. Maknanya bantuan pernafasan yang diberikan tidak cukup, oksigen yang diterima tidak cukup.

“Pihak hospital ambil keputusan untuk tidurkan ayah,” kongsinya.



Hanis menambah, masalah paru-paru yang dihidapi bapanya mula dikesan sejak Mac lalu apabila dia kerap batuk.
Ujar Hanis, ibunya kemudian meminta bapanya menjalani pemeriksaan kesihatan penuh dan disahkan menghidap kanser paru-paru.

“Ayah sakit sebelum bulan puasa. Kami satu keluarga menganggap puncanya bermula daripada batuk.

“Tetapi dia susah sangat nak pergi hospital. Bila batuk hanya beli ubat di farmasi, sehingga masalah batuk itu berlanjutan selama dua bulan.

“Sampai satu tahap, saya paksa dia pergi klinik. Doktor kata sudah ada jangkitan kuman pada paru-paru disebabkan batuk terlalu lama.



“Kemudian bawa ke hospital dan dapatkan ubat. Mak saya minta ayah buat full check-up untuk kesan apa sebenarnya sakit dia.

“Selepas buat full medical check up, kesan ada ketumbuhan di bahagian dada dan usus.

“Selepas sampel diambil, doktor sahkan ada kanser di dada,” katanya. Gempak

Kamal Bakar ditidurkan di ICU



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor



Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker