Pelakon Johnny Wactor mati ditembak ketika dirompak

Pelakon Johnny Wactor mati ditembak ketika dirompak

Bintang siri General Hospital, Johnny Wactor, 37, dilaporkan terbunuh selepas ditembak tiga individu bertopeng dalam cubaan merompak barangan berharga dalam keretanya, di sini, awal pagi kelmarin.

Mengikut laporan TMZ, Wactor dan rakan sekerjanya melihat tiga suspek didakwa cuba mencuri penukar bermangkin (catalytic converter) daripada keretanya, sebelum ditembak mati dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi.



Ibu mangsa, Scarlett Wactor dilapor berkata, dia diberitahu oleh pihak berkuasa bahawa anaknya tidak melawan, namun suspek masih melepaskan tembakan ke arahnya sebelum melarikan diri dengan kenderaan.

Ketika kejadian, Wactor pada awal menyangka keretanya ditarik ketika berjalan dari tempat kerja dan cuba bercakap dengan suspek, namun salah seorang memakai topeng bertindak melepaskan tembakan ke arahnya.

Wactor kemudian dikejarkan ke hospital terdekat sebelum disahkan meninggal dunia. Setakat ini, masih belum ada penangkapan dibuat berhubung kejadian itu, lapor Los Angeles Times.

Ejen Wactor, David Shaul dalam satu kenyataan berkata, pelakon itu adalah contoh moral sebenar kepada semua yang mengenalinya.



“Dalam profesion yang mencabar ini, Wactor sentiasa berusaha untuk terus melakukan yang terbaik.

“Masa bersama Wactor adalah satu keistimewaan yang kami harapkan kepada semua orang.

“Selepas lebih sedekad bersama, Wactor akan sentiasa tersemat di hati selama-lamanya,” katanya.

Wactor membawa watak Brando Corbin dalam siri General Hospital antara 2020 hingga 2022. Dia juga muncul dalam pelbagai filem dan siri televisyen (TV), termasuk Station 19, NCIS, Westworld dan permainan video Call of Duty: Vanguard. BH



Pelakon Johnny Wactor mati ditembak ketika dirompak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga



‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC

Hartawan kelahiran Malaysia CEO terima gaji tertinggi di Amerika



Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker