Jangan mudah terima bekas ahli khianat

Jangan mudah terima bekas ahli khianat

UMNO Perak menggesa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tidak sewenang-wenangnya menerima semula bekas pemimpin atau ahli parti yang mengkhianati parti hingga menyebabkan UMNO ‘hampir terbunuh’ sebelum ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penilaian hendaklah dilaksanakan sebelum memberi peluang kedua kepada bekas pemimpin dan ahli UMNO yang disingkirkan melalui proses pemutihan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Menurutnya, tindakan menerima individu yang tidak setia kepada organisasi tanpa sebarang penilaian akan memberikan gambaran negatif kepada generasi pelapis, selain melemahkan semangat ahli yang kekal setia ketika UMNO diuji dengan kekalahan pada pilihan raya lalu.

“Kalau pun barangkali dia sudah meninggalkan parti sebelum ini, tetapi janganlah tindakan itu tindakan yang mengkhianati atau membunuh parti berkenaan.

“Itu adalah petanda yang tak cantik untuk generasi akan datang.

“Kedua, jangan kita demoralise (melemahkan semangat) orang yang setia. Orang yang setia berada kekal dengan kita. Kemudian, tiba-tiba kita dengan mudahnya menerima semula orang yang telah mengkhianati dan telah menyebabkan kita hampir terbunuh.

“Itu akan demoralise orang yang setia selama ini. Sesuatu kena dibuat untuk menghargai orang yang setia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu kilang sarung tangan getah sintetik, Central Medicare Sdn Bhd di Changkat Jong, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan ahli MKT UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang dipetik berkata UMNO sedia pertimbang untuk menerima semula mereka yang disingkirkan sebelum ini namun masih menunjukkan kesetiaan kepada parti dan berminat menyertai semula parti terbesar kaum Melayu itu.

Mengulas lanjut, Saarani yang juga Menteri Besar Perak mengingatkan, tiada jalan pintas buat bekas pemimpin dan ahli UMNO yang ingin kembali ke pangkuan parti itu, sebaliknya mereka mestilah melalui prosedur yang digariskan dalam Perlembagaan UMNO.

“Kalau ikut Perlembagaan UMNO, seseorang yang telah keluar atau dipecat, dia kena ikut saluran iaitu mohon semula keahlian dengan mengisi borang di cawangan.

“UMNO cawangan kena menerima dia, bawa ke peringkat bahagian. Bahagian kena terima, kemudian bawa ke MKT, MKT kena endorse (sahkan) sebab dia ahli parti yang telah dipecat.

“Nombor ahli pun nombor ahli yang baharu. Kembali semula sebagai junior la (ahli baharu),” katanya.

Tahun lalu, Mesyuarat MKT UMNO membuat keputusan memecat dan menggantung beberapa pemimpin termasuk yang kanan.

Ia termasuk bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin yang dipecat keahliannya manakala Ketua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan digantung keahliannya selama enam tahun. BH

Jangan mudah terima bekas ahli khianat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC

Hartawan kelahiran Malaysia CEO terima gaji tertinggi di Amerika

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker