Aliff Aziz punya pasal, Idzham Ismail pun kena sekali

Gara-gara tayang video 'terjerat'.

Aliff Aziz punya pasal, Idzham Ismail pun kena sekali

Kebencian khalayak terhadap pelakon Aliff Aziz belum reda. Situasi tersebut dilalui pelakon Idzham Ismail yang menerima kecaman hebat netizen gara-gara memuat naik gambar bersama selebriti kontroversi asal Singapura itu menerusi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial tidak berpuas hati dengan mengkritik tindakan Idzham yang dilihat seperti tidak peka dengan apa yang berlaku.



Biarpun dikecam Idzham, 35, bagaimanapun meminta agar peminat tidak terlalu cepat menjatuhkan hukum dan biarlah Tuhan yang menentukan.

“Kita boleh tidak setuju, tetapi biarkan perbuatan dia dengan hal mereka diselesaikan mereka sendiri.

“Kita doakan yang terbaik untuk kita,” katanya.

Difahamkan video tersebut diambil ketika sesi penggambaran drama Terjerat yang melibatkan Idzham gandingan dengan Aliff dan Ruhainies.



Kontroversi Aliff terjadi apabila dia ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan Ruhainies di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Susulan itu Bella Astillah membuat tuntutan cerai, namun Aliff enggan melepaskan isterinya atas alasan masih sayangkan rumah tangganya.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3. K Online

Aliff Aziz punya pasal, Idzham Ismail pun kena sekali



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis



Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam



Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker