Penumpang maut, Pesawat SIA terpaksa mendarat cemas selepas alami gelora udara teruk
SINGAPURA: Seorang meninggal dunia dan beberapa cedera selepas penerbangan SQ321 dari Singapore Airlines (SIA) dari London ke Singapura mengalami gelora udara teruk (turbulence) ketika dalam penerbangan, menurut syarikat penerbangan itu.
SIA berkata, pesawat Boeing 777-300ER yang membawa sejumlah 211 penumpang dan 18 kru dilencongkan ke Bangkok dan mendarat pada 3.45 petang waktu tempatan hari ini.
“Singapore Airlines mengucapkan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia.
“Kami akan memberikan kemas kini secara berkala di akaun Facebook dan X kami,” katanya di Facebook.
SIA berkata, keutamaan kini adalah memberikan bantuan kepada semua penumpang dan kru yang berada di dalam pesawat.
Pengendali penerbangan terbabit berkata, mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di Thailand untuk menyediakan bantuan perubatan yang diperlukan, dan menghantar pasukan ke Bangkok untuk memberikan sebarang bantuan tambahan yang diperlukan. – BERNAMA
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Anwar cari keluarga tular bawa anak ‘bertiub’
- Saya hanya akan hantar minyak sawit dua sudu kepada kamu supaya jadi cerdik
- Ryzal Ibrahim pergi Mekah balik hari beli minyak Wangi (Video)
- Keluarga penggali kubur mati dalam lokap dapat ganti rugi RM197,600
- Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo
- Israel nafi jadi dalang tragedi yang meragut nyawa Presiden Iran
- Ustaz Ebit Lew buat panggilan video dalam keadaan ‘beronani’, mahkamah diberitahu
- Masak di stesen minyak, ‘siibodoh berempat’ didakwa esok
- Teguran doa dikubur orang kafir, penganjur jawab mufti
- Pengajuran parti ‘Pinkfish Express’ dalam gerabak KTMB dikutuk [VIDEO]
- Azalina perlu ditukar – UMNO Cawangan SS9A Damansara
- 10 paling kaya Asia
- Yuna dilabel gila tolak kerjasama jenama terkemuka
- Guru tadika duduk atas badan budak, paksa makan oren
- Ning Baizura tampil jelas isu ‘Siapa Rafah’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis
Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam
You must be logged in to post a comment.