Israel nafi jadi dalang tragedi yang meragut nyawa Presiden Iran
Reuters melaporkan, Israel menegaskan tidak terbabit dalam kematian Presiden Iran, Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter yang turut mengorbankan beberapa anggota rombongannya, kata seorang pegawai Israel kepada Reuters hari ini.
“Ia bukan kami,” kata pegawai itu, yang enggan namanya disiarkan
Pada masa yang sama, Hamas hari ini menyatakan ucapan takziah atas kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter, dan menganggap beliau sebagai “penyokong terhormat”.
AFP melaporkan, Hamas berkata ia menghargai “sokongan Raisi terhadap penentangan Palestin, dan usaha tanpa jemu dalam solidariti” dengan rakyat Palestin sejak permulaan perang Israel-Hamas di Gaza berikutan serangan kumpulan itu pada 7 Oktober.
Kumpulan itu berkata, ia menghargai Raisi dan Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian, yang turut terkorban dalam nahas itu, atas “usaha politik dan diplomatik yang sengit untuk menghentikan pencerobohan Zionis (Israel) terhadap rakyat Palestin”.
Iran, menyokong Hamas dari segi kewangan dan ketenteraan, tetapi menafikan sebarang pembabitan.
Pada 13 April, Iran melancarkan lebih 300 peluru berpandu dan dron dalam serangan langsung pertama Tehran ke atas wilayah Israel.
Serangan itu sendiri sebagai tindakan balas terhadap serangan udara – yang dipersalahkan secara meluas ke atas Israel – yang memusnahkan konsulat Iran di Damsyik dan membunuh tujuh Pengawal Revolusi pada 1 April.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kronologi serang Balai Polis Ulu Tiram, dua pelajar IPT turut ditahan
- Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram ahli Jemaah Islamiyah
- Jangan cuba ganggu UiTM – Dr Akmal
- Doktor pun mengadu letih
- Ini jumlah diterima Ronaldo bagi setiap hantaran di Instagram
- Kulit kami gebu sebab laksa Sarawak – Sharifah Zarina
- Ambil nyawa sayalah – Dr Akmal (Video)
- Polis mula siasatan resit pesanan persenda Islam
- Kedah tak dipaksa pun jadi miskin
- Ibu bapa sediakan 10 gelang emas sebagai hadiah Hari Guru
- Status anak Halim Othman, ini kata JPN
- Terpaksa layan nafsu 35 lelaki sehari
- Sejarah hitam bakal suami Ayu Ting Ting
- Solat 17 rakaat sehari – 3,750 gerakan sebulan, 42,840 gerakan setahun
- Individu yang mahu sembelih ibu bapa Naim Daniel dikenalpasti polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan
Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024
You must be logged in to post a comment.