Bella Astillah senang dipujuk dengan bunga
Bella Astillah senang dipujuk dengan bunga
Pelakon dan penyanyi jelita, Bella Astillah mengakui dirinya merupakan seorang yang senang termakan pujukan.
Kata Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 30, sikapnya sangat berbeza dengan anak perempuannya, Ara Adreanna yang mudah terasa dan garang.
“Saya tak macam itu (menunjukkan anaknya sedang merajuk). Saya seorang yang kalau merajuk sekejap sangat.
“Kalau orang itu minta maaf apatah lagi bagi bunga, Ya Allah, saya akan terus okey.
“Anak sulung saya, Ayden pun macam itu juga, lembut hati. Ara garang sebab dia anak nombor dua kot, suka merajuk,” katanya menerusi video dalam TikTok.
Semakan HibGlam menerusi ruangan komen menunjukkan rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu.
Mereka juga menyifatkan Bella sebagai wanita baik kerana sering memaafkan orang yang melakukan penganiayaan terhadapnya termasuk suami dan kawan baik sendiri.
“Betul sangat apa dia cakap ni, 11 kali Aliff Aziz curang, engkau boleh maafkan, memang wanita baik. Jenis lembut sangat dia ni,” komen netizen itu.
“Baguslah Ara garang, boleh jaga mama dia nanti sebab mama dia lembut sangat hatinya. Mudah maafkan semua orang pun tak boleh juga, lama-lama kena pijak,” tulis seorang pengguna TikTok.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. K Online
Bella Astillah senang dipujuk dengan bunga
Baca Artikel Menarik:
- Kronologi serang Balai Polis Ulu Tiram, dua pelajar IPT turut ditahan
- Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram ahli Jemaah Islamiyah
- Jangan cuba ganggu UiTM – Dr Akmal
- Doktor pun mengadu letih
- Ini jumlah diterima Ronaldo bagi setiap hantaran di Instagram
- Kulit kami gebu sebab laksa Sarawak – Sharifah Zarina
- Ambil nyawa sayalah – Dr Akmal (Video)
- Polis mula siasatan resit pesanan persenda Islam
- Kedah tak dipaksa pun jadi miskin
- Ibu bapa sediakan 10 gelang emas sebagai hadiah Hari Guru
- Status anak Halim Othman, ini kata JPN
- Terpaksa layan nafsu 35 lelaki sehari
- Sejarah hitam bakal suami Ayu Ting Ting
- Solat 17 rakaat sehari – 3,750 gerakan sebulan, 42,840 gerakan setahun
- Individu yang mahu sembelih ibu bapa Naim Daniel dikenalpasti polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan
Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024