Harap artis lelaki itu tampil bantu siasatan – Ayob

Harap artis lelaki itu tampil bantu siasatan – Ayob

“Saya berharap artis lelaki terbabit tampil berikan kerjasama kepada Pegawai Penyiasat untuk membantu menyelesaikan kes.

“Kehadirannya amat penting bagi memberikan fakta-fakta untuk melengkapkan siasatan kes kemalangan maut ini.”



Demikian kata Presiden Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama), Ayob Abdul Majid.

Kemalangan pada tengah malam 24 April lalu di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) mengorbankan anaknya, Allahyarham Megat Muhammad Thaqief, 24, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis BMW SS1000RR.

Kejadian berlaku apabila sebuah kereta dipandu oleh seorang wanita didakwa berhenti secara mengejut dan mengubah laluan mengakibatkan Megat tidak sempat mengelak dan melanggar kereta terbabit.

Allahyarham Megat mengalami kecederaan di kepala dan leher dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban sebelum disahkan meninggal dunia.



Ayob berkata, menerusi perbualan dengan anak saudaranya, artis popular terbabit antara yang terbabit ‘ride’ bersama arwah Megat sebelum kemalangan ini.

“Anak saudara saya memang kenal artis kerana mengikuti perkembangan mereka. Malah pada malam kejadian, artis ini rancak berbual dengan anak saudara saya.

“Cuma apabila diminta bantu siasatan, dia enggan kerana mungkin tidak mahu dilabel dengan pandangan negatif.

“Saya sebenarnya rapat dengan abang penyanyi ini. Saya pun dah beberapa kali hubungi dia untuk menasihati adiknya bagi membantu siasatan tapi usaha terbabit setakat ini gagal,” katanya.



Terdahulu jenazah Allahyarham Megat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, di sini pada 25 April lalu. HM

Harap artis lelaki itu tampil bantu siasatan – Ayob

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah



Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker