Lawrence Wong, Perdana Menteri baharu Singapura
Lawrence Wong, Perdana Menteri baharu Singapura
Selepas hampir dua dekad Lee Hsien Loong berkhidmat sebagai Perdana Menteri Singapura, republik itu akan melantik Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri baharu hari ini.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Lawrence, 51, akan menggantikan Hsien Loong, 72, yang sudah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak 2004.
Upacara angkat sumpah itu akan berlangsung pada 8 malam ini di Istana Singapura.
Lawrence, ahli ekonomi yang berpendidikan dari Amerika Syarikat (AS), dilihat secara meluas sebagai ahli media sosial yang bijak menangani krisis COVID-19 dengan berkesan apabila menyelia pasukan petugas pandemik kerajaan.
Penganalisis politik, Mustafa Izzuddin berkata, beliau membawa gaya kepimpinan yang lebih sesuai dengan generasi berbeza.
“Prinsip teras Singapura akan kekal kerana ia adalah sistem yang terbukti berfungsi selama bertahun-tahun.
“Namun, saya rasa gayanya mungkin berbeza sedikit kerana beliau berasal dari generasi berbeza.”
Lawrence, yang juga menteri kewangan, dipilih Hsien Loong pada 2022 daripada generasi baharu dalam kalangan penggubal undang-undang daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah tanpa gangguan sejak kemerdekaan pada 1965.
Pada 13 Mei lalu, Hsien Loong secara rasmi memaklumkan kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam mengenai hasratnya untuk meletak jawatan dan menasihatkan Tharman untuk menjemput Wong, yang mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Parlimen, untuk membentuk kerajaan seterusnya.
Beliau mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen PAP.
Lawrence yang juga Ahli Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee, menerima jemputan Presiden dan seterusnya memaklumkan mengenai barisan Kabinet baharu beliau, yang juga akan mengangkat sumpah hari ini.
Lawrence, yang menjadi perdana menteri keempat dalam sejarah Singapura, akan menggalas tanggungjawab mengetuai PAP pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
PRU tidak dijangka berlaku sehingga November 2025, namun boleh dipanggil seawal tahun ini.
Pada PRU 2020, pembangkang menunjukkan prestasi terkuat sejak merdeka, namun 83 daripada 93 kerusi dimenangi oleh PAP.
Imej bersih PAP baru-baru ini dicemari oleh skandal yang menyaksikan dua Ahli Parlimen meletak jawatan dan seorang menteri didakwa dengan rasuah.
Parti Pekerja yang juga parti pembangkang utama Singapura, turut mengalami skandal dengan dua ahli meletak jawatan dan ketuanya didakwa memberi keterangan palsu di hadapan Jawatankuasa Parlimen. BH
Lawrence Wong, Perdana Menteri baharu Singapura
Baca Artikel Menarik:
- Dah masuk senarai #Blockout, baru nak terhegeh-hegeh – Ramona Zamzam
- Duit gelap beli hartanah di Dubai
- Azmin kalah kepada Amirudin tiga kali – Adun Bersatu
- Dokumen dedah warga Malaysia beli hartanah di Dubai
- Bersatu pecat, saya bebas – Abdul Rashid
- Datuk Red muflis, saya cari sendiri nafkah
- #Blockout2024: Mira Filzah suruh netizen jaga mulut sikit
- AR Badul terkejut ada 95,000 pengikut TikTok
- Mahathir ‘main’ bangsa lagi
- Komen Halim Othman mengenai pendedahan anak luar nikah
- #Blockout2024: Boikot selebriti tutup mulut
- Fadhlina Sidek gagal?
- Amy keterlaluan – Din Search
- Muaz dilarang masuk Singapura?
- Saya pendosa yang jujur – Aliff Aziz (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz
You must be logged in to post a comment.