AR Badul terkejut ada 95,000 pengikut TikTok

AR Badul terkejut ada 95,000 pengikut TikTok

Pelakon dan pengarah veteran, AR Badul yang aktif mengendalikan akaun TikTok tidak terasa dengan sindiran kebanyakan pengguna aplikasi media sosial itu.

Biarpun dilabel ‘artis tua’, Badul atau nama sebenar, Armaya Aman Ramlie, 75, enggan mempedulikan kerana apa yang dilakukan hanya bertujuan melayan peminatnya.



“Saya pernah disindir di TikTok. Ada yang cakap saya artis tua dan sudah tidak ada ‘job’ (kerja). Tetapi, apa yang saya lakukan di TikTok adalah untuk melayan peminat yang kebanyakan berumur lebih 40 tahun.

“Terus-terang, saya tidak cari pengikut muda. Peminat saya adalah mereka yang tengok wayang saya dari kecil sampailah ke tua,” katanya ditemui pada program Malam Anugerah Apresiasi Hos Rasmi TikTok Live di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Pelakon filem Prebet Lapok itu memberitahu, beliau mula berjinak-jinak menggunakan TikTok selepas diajak rakannya.

Malah, Badul tidak menyangka sehingga kini sudah mengumpul kira-kira 95,000 pengikut sejak membuka akaun TikTok, tahun lalu.



“Sebelum ini ada seorang rakan artis ajak untuk buat akaun TikTok dan saya cuba. Selepas itu, saya tidak sangka video awal saya meraih kira-kira 40,000 tontonan.

“Kemudian, saya buat video menafikan berita palsu mengenai kematian saya dan dapat lebih 200,000 tontonan. Sejak itu, saya selalu buat video TikTok sebelum disekat,” katanya yang sudah membuka akaun TikTok baharu.

Sementara itu, Badul berkata, hadiah yang diterima daripada pengikut menerusi aplikasi itu dikongsi dengan pengguna yang memerlukan.

“Kalau ada dapat hadiah, tidak semua saya ambil. Contohnya jika dapat ‘gift’ sebanyak RM1, saya bahagikan tujuh peratus saya ambil dan tiga peratus lagi disedekahkan kepada mereka memerlukan.



“Saya bersyukur pada usia yang sudah di penghujung ini, saya dapat kumpul kira-kira 95,0000 pengikut. Ini bukan jumlah yang mudah dikumpul artis veteran seperti saya, tetapi dapat dilakukan,” katanya. BH

AR Badul terkejut ada 95,000 pengikut TikTok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Amy keterlaluan – Din Search

Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular



Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam

Muaz dilarang masuk Singapura?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker