Hizbullah bedil roket sebagai tindak balas serangan Zionis

Hizbullah bedil roket sebagai tindak balas serangan Zionis

BEIRUT: Hizbullah membedil puluhan roket ke pangkalan tentera di utara Israel semalam, sebagai tindak balas terhadap serangan rejim Zionis ke Lubnan yang mengorbankan seorang pejuang kumpulan disokong Iran itu.

Kebimbangan mengenai perang berskala besar antara Israel dan Hizbullah meningkat ekoran lonjakan ancaman daripada kedua-dua pihak beberapa minggu lalu, selain mereka saling berbalas tembakan di sempadan sejak serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.



Kebimbangan peperangan di Gaza juga melonjak dan dikhuatiri boleh menjadi bencana serantau sekiranya kebanyakan konflik Israel-Hizbullah yang kini terhad di kawasan sempadan, berkembang.

Hizbullah berkata, pejuangnya mengebom pangkalan utama pertahanan udara dan peluru berpandu di utara dengan puluhan roket Katyusha sebagai tindak balas terhadap serangan musuh yang menyasarkan bandar Nabatiyeh dan kampung Sohmor.

Pihaknya juga mengakui membuat dua serangan ke atas kedudukan dan tentera Israel, termasuk satu menggunakan dengan dron semalam, manakala Agensi Berita Nasional (NNA) melaporkan serangan Israel di beberapa kawasan di selatan Lubnan.

Katanya, seorang pejuang dari Sohmor maut, selepas NNA melaporkan dron musuh menyasarkan motosikal di kampung dekat timur negara berkenaan.



Sementara itu, rejim Zionis dalam kenyataan, berkata kira-kira 35 serangan dikenal pasti dilancarkan dari Lubnan dan pasukan udara berjaya mematahkan hampir keseluruhannya, selain tiada kecederaan dilaporkan.

Selain itu, katanya, tiada kecederaan dilaporkan susulan serangan dua UAV (dron) di utara Israel yang dikenal pasti dilancarkan dari sempadan Lubnan.

Tentera Israel berkata seorang anggota Hizbullah maut dalam serbuan di Sohmor, selain melaporkan serangan di selatan Lubnan.

NNA semalam, melaporkan lebih 20 cedera selepas bangunan dua tingkat menjadi sasaran serangan Israel di Nabatiyeh, selatan Lubnan kelmarin.



Kementerian Luar Perancis pula berkata, Paris sangat bimbang mengenai pertempuran itu dan menyeru semua pihak menunjukkan tahap kawalan paling tinggi.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, ketika lawatan ke Washington kelmarin, menegaskan enggan berperang dengan Lubnan, tetapi berupaya menjadikan negara itu kembali ke ‘Zaman Batu’, jika gagal dalam proses rundingan. BH

Hizbullah bedil roket sebagai tindak balas serangan Zionis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati

Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?



Sudahlah kalah, lamaran ditolak

Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker