Perima buah pinggang babi pertama meninggal dunia

Perima buah pinggang babi pertama meninggal dunia

BOSTON: Seorang lelaki yang menjadi manusia pertama menerima buah pinggang babi yang diubah suai secara genetik telah meninggal dunia, kata Hospital Besar Massachusetts di sini.

“Pasukan perubatan bagi prosedur pemindahan itu sangat sedih atas kematian mengejut Rick Slayman.

“Kami tidak mempunyai petunjuk bahawa ia adalah disebabkan proses pemindahan buah pinggang baru-baru ini,” kata hospital itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Slayman, 62, dari Weymouth, Massachusetts, menerima buah pinggang babi pada Mac dalam pembedahan empat jam yang disifatkan hospital sebagai pencapaian utama dalam usaha menyediakan organ lebih mudah didapati kepada pesakit.

“Keluarga sangat sedih dengan kematian Rick secara tiba-tiba tetapi sangat selesa mengetahui dia memberi inspirasi kepada ramai orang,” kata keluarga Slayman dalam satu kenyataan.

Slayman menjalani pemindahan buah pinggang manusia di hospital sama pada 2018 selepas tujuh tahun menjalani dialisis, tetapi organ itu gagal berfungsi selepas lima tahun dan dia telah menyambung semula rawatan dialisis.

Buah pinggang babi itu disediakan oleh eGenesis dari Cambridge, Massachusetts, dan telah diubah suai secara genetik untuk membuang gen yang berbahaya kepada penerima manusia dan menambah gen manusia tertentu untuk meningkatkan keserasian, menurut hospital.

Syarikat itu juga menyahaktifkan virus yang wujud pada babi yang berpotensi menjangkiti manusia.

Buah pinggang daripada babi yang diubah suai oleh eGenesis berjaya dipindahkan kepada beberapa monyet selama purata 176 hari, dan dalam satu kes selama lebih dua tahun, penyelidik melaporkan pada Oktober dalam jurnal Nature.

Ubat yang digunakan untuk membantu mencegah penolakan organ babi oleh sistem imun pesakit termasuk antibodi eksperimen yang dipanggil tegoprubart, dibangunkan Eledon Pharmaceuticals, menurut hospital.

Menurut penjejak data yang diselenggarakan oleh United Network for Organ Sharing, lebih 100,000 orang di Amerika Syarikat (AS) menunggu organ baharu dengan buah pinggang dalam permintaan terbesar.

Pakar bedah NYU sebelum ini telah memindahkan buah pinggang babi kepada pesakit mati otak.

Pasukan Universiti Maryland pada Januari 2022 memindahkan jantung babi yang diubah suai secara genetik kepada seorang lelaki berusia 57 tahun dengan penyakit jantung terminal, tetapi pesakit meninggal dunia dua bulan kemudian. BH

Perima buah pinggang babi pertama meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker