Naratif perkauman PN di KKB bukan penamat

Naratif perkauman PN di KKB bukan penamat

Naratif perkauman digunakan Perikatan Nasional (PN) pada PRK Kuala Kubu Baharu bukan penamat kerana ia bergantung kepada strategik gabungan dan keadaan semasa dalam menghadapi PRU16, kata penganalisis politik.

Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merujuk strategik dibawa PAS ketika bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat yang melawan Umno pada 2008, tidak menggunakan kaedah sama sebaliknya hanya berdasarkan ‘siapa lebih rasuah dan siapa lebih bersih’.

“Tapi pada zaman sekarang apabila pembahagian itu wujud, PN satu pihak dan PH (Pakatan Harapan) satu pihak menyaksikan isu perkauman, agama menjadi ‘nilai’ untuk dimainkan, tanpa memerlukan penyelesaian…yang penting dapat naikkan semangat, sentimen pengundi,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Lau berkata PN mungkin boleh mempelajari sesuatu melalui keputusan PRK Kuala Kubu Baharu apabila gabungan itu kalah, serta kejayaan Umno menarik undi Melayu dan bukan Melayu walaupun berdepan naratif perkauman pihak lawan.

Beliau berpandangan, selepas PRK Kuala Kubu Baharu PN perlu memikirkan semula sama ada isu perkauman dan agama masih mempunyai ‘nilai’ untuk dimainkan.

“Kalau ada (nilai) secara realistik dan beri manfaat kepada pembangkang ia akan tetap dimainkan.

“Tapi bila pengundi rasa tak suka (isu perkauman), PN (mungkin) akan tukar hala tuju iaitu menjadikan mereka alternatif kerajaan dan bukan barisan pembangkang memainkan isu perkauman,” katanya.

Lau mengulas tindakan PN menggunakan isu perkauman di PRK itu yang menyaksikan calonnya Khairul Azhari Saut kalah kepada PH diwakili Pang Sock Tao dengan majoriti 3,869 undi.

Dalam pertandingan empat penjuru Pang memperoleh 14,000 undi, Khairul Azhari (10,131), calon Parti Rakyat Malaysia Hafizah Zainuddin (152) dan bebas Nyau Ke Xin (188).

Badan pemikir Ilham Centre dalam kajian lapangannya berkata strategi PN untuk meneruskan kempen tema agama serta kaum sudah tepu ke siling.

Dalam tempoh berkempen, beberapa pemimpin PN seperti Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari membangkitkan isu vernakular untuk mengaitkan Pang yang mendapat pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) On Pong, Hulu Langat dan Sekolah Menengah Chung Hua, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Walaupun memohon maaf kepada Pang, Fadhli pada 29 April lalu berharap isu Pang mendapat pendidikan di sekolah vernakular akan ‘berterusan’ dan diingati pengundi hingga hari pengundian.

Pada 9 Mei lalu, Presiden PAS Hadi Awang dalam kempen PRK itu mengingatkan ahli dan penyokong Umno di Selangor tidak mengulangi kesilapan kehilangan kuasa politik seperti berlaku di Singapura.

Katanya, DAP yang lahir daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura adalah parti ekstrem dan melampau yang mahu merampas kuasa politik secara halus dan licik sehingga boleh menyebabkan kekacauan dalam negara.

Sementara itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berpendapat strategi PN membawa naratif tersebut memakan diri.

Beliau berkata, jika PN terus membangkitkan naratif sama maka tiada sokongan tambahan pengundi Melayu kepada gabungan itu, malah akan menerima nasib sama seperti PRU15.

“Mereka akan kekal dengan empat negeri kalau diadakan PRU serentak. Dalam hal penubuhan kerajaan persekutuan juga sukar kerana PN memerlukan sokongan pengundi bukan Melayu, dan dengan retorik mereka, sukar pengundi Melayu yang rasa terancam memberi undi kepada PN,” katanya. FMT

Naratif perkauman PN di KKB bukan penamat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker