Didi dedah skandal Aliff dengan isteri orang

Didi dedah skandal Aliff dengan isteri orang

Penyanyi dan pelakon, Didi Astillah tampil membidas kenyataan abang iparnya yang juga pelakon, Aliff Aziz menerusi sebuah program hiburan, baru-baru ini.

Tegas Didi menerusi hantaran di Instagram, dia akui rasa tidak senang apabila melihat kakaknya, Bella Astillah yang menjadi mangsa penindasan dengan putar belit yang dilemparkan olah pihak terlibat.



“Sumpah dah malas sebenarnya nak cakap apa-apa tapi macam non stop pula dia keluarkan statement yang lari topik. Mungkin kak long saya jenis penyabar dan boleh diam, tapi saya tak suka bila kak long saya ditindas dengan putaran dan belitan ayat-ayat diorang ni.

Daripada podcast, interview sana sini bila bab ‘kes’ tak nak ulas apa-apa. Tapi bila soal kesalahan kak long saya panjang berjela. Seolah-olah mereka nak tutup kes khalwat macam tu sahaja.

Sudah-sudah la tu bagi statement dan tunjuk kemarahan. Lebih baik diam sebab salah sendiri.”-tulis Didi di Instagram

“Tapi Masa Dia Bersama Dengan Isteri Orang…”



Dalam pada itu, Didi turut mendedahkan skandal curang Aliff yang didakwa pernah berhubungan dengan seorang wanita berstatus isteri orang berasal dari Terengganu.

“Bila ada lelaki lain disamping Kak Long, tahu pula nak melenting. Tapi masa dia bersama dengan isteri orang anak tiga dari Terenggani, itu apa pula? Tak nak ulas apa-apa ke?.”-dedah Didi lagi. Bn

Didi dedah skandal Aliff dengan isteri orang

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search

Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular



Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam

Muaz dilarang masuk Singapura?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker