Ini penjelasan mudah mengenai Akaun Fleksibel KWSP
PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu-satunya simpanan hari tua bagi sebilangan besar rakyat Malaysia.
Apabila gaji masuk, 11% daripada gaji setiap pekerja akan dicarum ke dalam akaun KWSP, ditambah 13% daripada majikan.
Daripada jumlah keseluruhan caruman, 70% akan dimasukkan ke dalam Akaun 1, dan bakinya ke dalam Akaun 2.
Simpanan dalam Akaun 1 tidak boleh dikeluarkan sehingga pencarum bersara, namun pencarum boleh boleh mengeluarkan sejumlah wang daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan, pendidikan atau pembelian rumah.
Bagaimanapun, mulai hari ini, semuanya akan berubah bagi pencarum berusia bawah 55 tahun.
Menerusi penstrukturan semula, sebuah akaun baharu – Akaun Fleksibel – akan diperkenalkan, dengan Akaun 1 dinamakan sebagai Akaun Persaraan, dan Akaun 2 sebagai Akaun Sejahtera.
Dengan pengenalan Akaun Fleksibel, bahagian caruman yang disimpan dalam Akaun Persaraan meningkat kepada 75%, tetapi bahagian untuk Akaun Sejahtera dikurangkan kepada 15%, manakala 10% lagi untuk Akaun Fleksibel.
Rasional penstrukturan semula
Dengan penstrukturan ini, individu dapat memberi tumpuan kepada perancangan jangka panjang apabila keperluan jangka pendek mereka dipenuhi, menurut KWSP.
KWSP percaya pada kepentingan kesejahteraan kewangan keseluruhan dalam perancangan persaraan. Penstrukturan semula akaun EPF mewakili langkah awal dalam mengatasi cabaran jangka panjang ini.
Pada masa sama, Akaun Fleksibel diperkenalkan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek pencarum, khususnya dalam keadaan kecemasan.
Justeru, KWSP menasihatkan pencarum supaya tidak membuat sebarang pengeluaran melainkan ada keperluan mendesak.
Kriteria pemindahan
Walaupun Akaun Fleksibel akan bermula tanpa sebarang jumlah pada 11 Mei, pencarum boleh memilih untuk memindahkan sebahagian daripada simpanan mereka dari Akaun Sejahtera antara 12 Mei dan 31 Ogos.
Walau bagaimanapun, jika anda tidak memilih untuk memindahkan sebarang jumlah, Akaun Fleksibel anda akan kekal pada RM0 dan hanya akan bertambah dengan caruman baru selepas 11 Mei.
Jumlah yang boleh dipindahkan oleh pencarum ke dalam Akaun Fleksibel dalam tempoh ini bergantung pada jumlah sedia ada dalam Akaun Sejahtera.
RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera
Formula yang digunakan untuk pemindahan dana adalah berdasarkan pecahan, khususnya menggunakan bahagian daripada 30.
Sebagai contoh, seorang pencarum mempunyai simpanan keseluruhan RM100,000, dengan RM70,000 dalam Akaun Persaraan dan RM30,000 dalam Akaun Sejahtera.
Jika pencarum memutuskan untuk memindahkan wang ke dalam akaun ketiga, 10/30 atau RM10,000 dari Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel.
Selain itu, 5/30 (RM5,000) dari Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan. Ini bermaksud jumlah di dalam Akaun Persaraan meningkat daripada RM70,000 kepada RM75,000.
Baki 15/30 (RM15,000) akan kekal dalam Akaun Sejahtera.
Oleh itu, selepas pemindahan, baki akaun akan menjadi RM75,000 dalam Akaun Persaraan, RM15,000 dalam Akaun Sejahtera, dan RM10,000 dalam Akaun Fleksibel.
Kurang daripada RM3,000 dalam Akaun Sejahtera
Terdapat dua kategori bagi mereka yang mempunyai kurang daripada RM3,000 dalam Akaun Sejahtera.
Mereka dengan jumlah RM1,000 hingga RM2,999 dalam Akaun Sejahtera akan dibenarkan memindahkan sehingga RM1,000 ke Akaun Fleksibel. Baki yang tinggal akan kekal dalam Akaun Sejahtera.
Manakala mereka yang mempunyai kurang daripada RM1,000 dalam simpanan Akaun Sejahtera boleh memindahkan seluruh jumlah tersebut ke Akaun Fleksibel.
Pencarum boleh memohon pindahan sekali sahaja melalui aplikasi mudah alih i-Akaun mulai 11 Mei atau di terminal layan diri di semua cawangan KWSP seluruh negara.
Pemindahan hanya boleh dilakukan sekali. Sebagai contoh, jika seorang penyumbang memindahkan RM800 daripada RM1,000 yang dibenarkan, mereka tidak dibenarkan untuk memindahkan baki RM200 pada masa kemudian.
Cara mengeluarkan simpanan
Sama seperti pindahan, pencarum KWSP boleh memohon untuk mengeluarkan wang daripada Akaun Fleksibel menerusi aplikasi i-Akaun atau dengan mengunjungi cawangan KWSP.
Wang tersebut akan disalurkan terus ke dalam akaun bank mereka setelah diluluskan, dalam tempoh hanya beberapa minit.
Setiap pengeluaran mestilah tidak kurang daripada RM50.
Pencarum tidak perlu memberitahu KWSP sebab pengeluaran, justeru ia dikhuatiri disalah guna.
Buat masa ini, KWSP hanya mampu menasihati ahli-ahlinya agar berhemah dan bertanggungjawab berhubung pengeluaran wang.
Penting mengeluarkan wang untuk menampung kos pembaikan rumah akibat kebakaran atau banjir, namun perlu dipertimbangkan sekiranya wang dikeluarkan digunakan untuk membeli telefon pintar baharu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- GRS tolak pelawaan Muhyiddin untuk kerjasama dengan PN
- Polis cari dua pemandu bertengkar sambil rakam video ketika memandu [VIDEO]
- Ruhainies mengaku sudah putus selamanya dengan Aliff Aziz
- Akauntan Cina kini bergelar Komando ATM [VIDEO]
- Gajah mengamuk, 4 termasuk pegawai perhutanan maut
- SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
- Aliff menangis Sarah minta putus hubungan
- Norjuma didakwa tendang, cakar dan tampar tiga individu
- Aliff dan Ruhainies sanggup berkomplot jatuhkan Bella
- Emma Maembong tersilap langkah ‘voice note’ Ruhainies isu Bella Astillah
- Akaun fleksibel KWSP boleh keluar bila-bila masa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka
Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]
Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah
You must be logged in to post a comment.