Dianaktirikan oleh kempimpinan BN, MCA belum terdesak untuk sertai PN
Pimpinan MCA pada masa ini diyakini belum terdesak membuat sebarang ketetapan terutama berhubung potensinya yang lebih cerah jika bersama Perikatan Nasional (PN).
Senator Dewan Negara dan penganalisis politik, Datuk Seri Ti Lian Ker, berkata jika MCA terburu-buru membuat keputusan pramatang, ia akan mendatangkan implikasi terhadap partinya yang menjadi sebahagian komponen Barisan Nasional (BN).
“Sebarang keputusan pramatang atau ‘belum sampai masa’ akan mendatangkan implikasi dan perkembangan lanjutan.
“Justeru saya berpandangan, MCA ketika ini belum terdesak untuk membuat sebarang keputusan. Ia kerana mereka tertakluk kepada perkembangan politik seterusnya sama ada MCA dipinggirkan atau dianaktirikan oleh kepemimpinan BN.
“Atau mereka berdepan keadaan apabila BN masih memupuk semangat inklusif dan konsensus di peringkat kepemimpinan,” katanya kepada BH.
Sebelum ini, GERAKAN menyatakan kesediaannya menjalinkan kerjasama semula dengan MCA jika sekutu lamanya itu tidak lagi mahu bersama BN.
Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, dilaporkan berkata, pihaknya terbuka menerima mana-mana parti berhasrat bekerjasama dengan PN termasuk MCA, jika mereka boleh menerima ideologi perjuangan gabungan itu.
Bagaimanapun Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong, berkata partinya akan setia dengan BN, sekali gus menolak cadangan untuk bergabung dengan GERAKAN sekali lagi.
Pada masa sama, beliau mahu Presiden GERAKAN itu berhenti menyemai perbalahan dalam kalangan parti komponen BN.
Lian Ker yang juga bekas Naib Presiden MCA, berkata MCA tidak boleh bertanding atas tiket partinya sendiri.
“Perkara ini dapat dilihat ketika MCA bertanding atas tiketnya pada Pilihan Raya Kecil Balakong, Selangor pada 2018. Hasilnya parti itu memperoleh hasil mengecewakan.
“Senario politik semasa kini, memang tiada parti dapat bertanding sendiri biarpun DAP, PKR, UMNO atau BERSATU, mana-mana parti tetap perlu bergabung dengan yang lain.
“Ini kerana landskap politik negara kita bukan berteraskan kepada satu parti, tetapi berbilang parti yang memerlukan parti bergabung dengan rakan atau lawan parti lain mengikut rentak serta tuntutan politik semasa,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, MCA juga selamanya tidak boleh mengharapkan BN sekiranya gabungan itu pada masa akan datang memilih bersama DAP atau jika tiba masanya, kerajaan MADANI membentuk gabungan baharu yang meminggirkan MCA dan MIC.
“Jika keadaan itu berlaku, MCA perlu membuat keputusan sama ada tenggelam dalam perkembangan politik yang meminggirkan atau mencari sekutu baharu.
“Namun jika BN sudah berkecai atau komponen parti sudah tidak sehaluan, baru MCA perlu membuat keputusan, kerana MCA bukan parti yang kuat untuk bergerak sendirian,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- GRS tolak pelawaan Muhyiddin untuk kerjasama dengan PN
- Polis cari dua pemandu bertengkar sambil rakam video ketika memandu [VIDEO]
- Ruhainies mengaku sudah putus selamanya dengan Aliff Aziz
- Akauntan Cina kini bergelar Komando ATM [VIDEO]
- Gajah mengamuk, 4 termasuk pegawai perhutanan maut
- SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
- Aliff menangis Sarah minta putus hubungan
- Norjuma didakwa tendang, cakar dan tampar tiga individu
- Aliff dan Ruhainies sanggup berkomplot jatuhkan Bella
- Emma Maembong tersilap langkah ‘voice note’ Ruhainies isu Bella Astillah
- Akaun fleksibel KWSP boleh keluar bila-bila masa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka
Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]
Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah
You must be logged in to post a comment.