Buat konsert dalam gereja, Ini jawapan balas Alif Satar
Kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) tidak berkecil hati dengan dakwaan menyatakan mereka mengadakan konsert di lokasi yang didakwa gereja di London, United Kingdom (UK), baru-baru ini.
Vokalisnya, Alif Satar berkata, mereka dan penganjur peka mengenai sensitiviti agama, lantas menidakkan lokasi konsert ASTL di London adalah gereja.
“Pertamanya, itu bukan gereja, itu dewan komuniti. Saya sendiri sensitif dalam soal ini.
“Ketika dapat undangan, memang kami tertanya-tanya adakah betul nak buat konsert di situ. Kami tahu ada artis tempatan yang menyanyi di situ, tapi kami tetap berfikir mengenai lokasi berkenaan.
“Tapi, penganjur adalah orang Malaysia dan menjelaskan lokasinya adalah dewan komuniti. Bila sampai dan lihat ramai keluarga orang muslim dan bukan muslim menjadikan lokasi itu sebagai taska atau tempat anak-anak bermain.
“Jadi, saya tak nak bercakap secara terperinci sebab saya pun tak nak mengganggu sensitiviti agama. Tapi, bila timbul isu ini saya faham keprihatinan dan sensitiviti orang Malaysia,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran lagu Kumandang di Hotel W, di sini, semalam.
Pada 28 April lalu, ASTL mengadakan konsert jelajah United Kingdom di St John’s, Hyde Park, London.
Gara-gara mengadakan konsert di lokasi yang disangka gereja, ASTL dikecam sesetengah pihak apabila ada yang meninggalkan komen negatif.
“Lepas layan program solat subuh macam Jumaat dekat masjid, sambung layan goyang macam disko dekat gereja pula,” dakwa netizen menerusi hantaran dalam TikTok.
Bagaimanapun, hantaran individu tersebut sudah dipadam.
Alif berkata, dia tidak berhasrat menjawab dakwaan ditimbulkan individu berkenaan, tapi berharap penjelasan itu dapat menjernihkan keadaan.
“Sebenarnya saya tak perlu jawab kerana ada orang lain menjawab dalam bahagian komen di hantaran berkenaan seperti pelajar dan mereka yang hadir menyaksikan persembahan kami, Alhamdulillah.
“Jadi, saya tidaklah rasa nak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Kadang-kadang orang tak tahu dan terus mahu fikir bukan-bukan, kami tahu sampai masanya, mereka akan tahu.
“Saya pun tak suka nak gaduh-gaduh sebab bila baca komen boleh tahan juga, tapi tak perlulah menambah api. Manusia akan buat kesilapan tak kira artis atau orang biasa.
“Kami bukanlah orang Islam terbaik dan sempurna, namun kami tahu batasan dan hormati tempat sembahyang penganut lain.
“Lokasi itu tidak lagi menjadi tempat sembahyang penganut agama lain. Tiada simbol atau sebagainya.
“Jadi, saya harap kenyataan ini dapat menjelaskan keadaan dan perkara ini bukan isu apabila kami membuat persembahan di situ. Untuk makluman, saya bawa ustaz dan periksa bersama dengannya,” katanya.
Berkongsi mengenai siri jelajah di UK, Alif berkata mereka seronok dapat menimba pengalaman dan mengubati kerinduan rakyat Malaysia.
“Seronok, saya rasa kami dapat membuat orang Malaysia melepaskan rindu sebab ketika itu masih lagi dalam musim raya, jadi aura itu masih ada. Ia seperti buat persembahan di Malaysia, cuma dalam cuaca sejuk di sana.
“Jujurnya, kami masih menjaga prosedur operasi standard (SOP), bukanlah nak kata takut, tetapi kena sentiasa berhati-hati,” katanya.
Tambah Alif, mereka berhasrat bertemu dengan penyanyi dan komposer, Edry Abdul Halim yang kini bermastautin di Manchester, bagaimanapun tidak kesampaian apabila Edry pulang ke tanah air menyambut Hari Raya.
Seterusnya, ASTL akan terbang ke Paris, Perancis untuk menjayakan persembahan penghibur legenda, Datuk Shake pada Oktober depan, selepas menjayakan persembahan di Singapura pada Julai ini.
Mengulas mengenai single Kumandang, ia adalah lagu yang dilancarkan oleh Marriott International di Malaysia dan kerjasama pertama bersama artis tempatan untuk mempamerkan kecemerlangan ‘hospitaliti’ melalui kuasa muzik.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- GRS tolak pelawaan Muhyiddin untuk kerjasama dengan PN
- Polis cari dua pemandu bertengkar sambil rakam video ketika memandu [VIDEO]
- Ruhainies mengaku sudah putus selamanya dengan Aliff Aziz
- Akauntan Cina kini bergelar Komando ATM [VIDEO]
- Gajah mengamuk, 4 termasuk pegawai perhutanan maut
- SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
- Aliff menangis Sarah minta putus hubungan
- Norjuma didakwa tendang, cakar dan tampar tiga individu
- Aliff dan Ruhainies sanggup berkomplot jatuhkan Bella
- Emma Maembong tersilap langkah ‘voice note’ Ruhainies isu Bella Astillah
- Akaun fleksibel KWSP boleh keluar bila-bila masa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka
Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]
Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah
You must be logged in to post a comment.