Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka

MELAKA: Melihat gelagatnya mengenakan kostum puntianak mengilai dan menyanyi, kelibat Mohd. Saifen Mohamed, 40, mencuri tumpuan pelancong ketika dia berada di hadapan Bangunan Merah dan kawasan sekitar Banda Hilir di sini.

Ramai pelancong teruja melihat gelagatnya dengan solekan menyeramkan, mata merah, gigi bertaring, rambut panjang menjurai dan memakai kostum bertompok merah se­perti darah.

Di sebalik kegembiraan itu, tersembunyi kesempitan hidup dilalui Mohd. Saifen apabila perlu membayar hutang bank mencecah hampir RM200,000, gara-gara terpedaya dengan taktik licik sindiket penipuan tambah nilai (top up) prabayar.

Mohd. Saifen berkata, dia terpengaruh dengan pulangan lumayan menjadi ejen menjual tambah nilai prabayar hingga sanggup membuat pinjaman peribadi berjumlah RM80,000 pada 2010.

“Setelah dapat wang tersebut saya terus laburkan untuk menjadi ejen top up yang akhirnya, satu sen pun saya tidak dapat dan terpaksa menanggung hutang hingga sekarang.

“Saya bekerja sebagai penghantar surat di Pejabat Ketua Menteri selama 18 tahun sebagai pekerja kontrak tetapi pendapatan tidak cukup hendak bayar hutang bank.

“Jadi saya jadi ‘puntianak’ sebagai cari sumber pendapatan tambahan untuk bayar hutang yang sekarang ini saya dibantu oleh Agensi Kaunseling dan Pe­ngurusan Kredit (AKPK),” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Kata Mohd. Saifen, awal Ja­nuari lalu dia terpaksa berhenti kerja sebagai penghantar surat di Perbadanan Melaka Holdings setelah dua tahun dipindahkan ke situ.

Katanya, dia terpaksa berbuat demikian kerana sering cuti apabila menerima tempahan menjadi ‘puntianak’ termasuk memakai maskot panda dan katak.

“Saya tidak mahu susahkan rakan kerja yang lain, jadi saya berhenti kerja dan beri tum­puan penuh menjadi ‘puntianak’ sebagai punca rezeki saya sekarang ini,” jelasnya

Sumber : Utusan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker