Kontrak kapal selam TLDM dimenangi oleh Boustead Heavy Industries

Anak syarikat milik penuh Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC), BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd (BSES) memperoleh anugerah daripada Kementerian Pertahanan (Mindef) Malaysia, yang mewakili kerajaan, untuk kontrak Kapal Selam Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM43.6 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, BHIC berkata kontrak itu merangkumi perluasan skop kerja dan tambahan harga siling kontrak bagi perkhidmatan sokongan interim untuk kapal selam TLDM.

“Kontrak rasmi antara kerajaan dan BSES akan dimuktamadkan dan dilaksanakan pada tarikh kemudian,” katanya.

Kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan BHIC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker