Isu latar belakang pendidikan calon, Wan Fayhsal tambah ‘cuka dalam luka’

Polemik itu mula terjadi apabila PAS pula mencabar calon PH, Pang Sock Tao, untuk berkongsi keputusan latar belakang pendidikannya.

Pang, 31, kemudian menjawab cabaran tersebut dengan mendedahkan butiran keputusan cemerlangnya di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Di peringkat pendidikan tinggi pula, Pang mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik dan elektronik dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten)

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari kemudian membuat “permohonan maaf” atas isu tersebut tetapi berharap agar isu Pang yang mendapat pendidikan di sekolah vernakular akan ‘berterusan’ di sepanjang PRK Kuala Kubu Bharu.

Rentetan polemik itu Sayap Bersekutu Bersatu dilaporkan menegur Ahmad Fadhli Shaari kerana membangkitkan isu sekolah vernakular dalam kempen tersebut.

Bagi sayap Bersatu yang menjadi wadah penyertaan anggota bukan bumiputera itu, langkah Ahmad Fadhli merupakan cubaan mendiskriminasi latar belakang pendidikan pihak lawan.

Wan Ahmad Fayhsal berkata PRN Kuala Kubui Bharu adalah persaingan memilih seorang anggota dewan undangan negeri, dan bukannya ahli parlimen.

Justeru, katanya, tidak ada keperluan untuk mana-mana pihak membangkit dan memainkan isu latar belakang pendidikan seseorang calon.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker