Slogan ‘UmDAP’ tidak berkesan, Zahid yakin akar umbi UMNO akan sokong calon DAP

Mainan slogan “UmDAP” merujuk hubungan Umno-DAP dalam kerajaan perpaduan bukti pembangkang ketandusan modal pada PRK Kuala Kubu Baharu, kata Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata, bagaimanapun yakin ahli dan penyokong partinya akan memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) daripada DAP, Pang Sock Tao, susulan “pencerahan” di peringkat akar umbi.

“Ini bukan pertama kali, mereka melakukan taktik dipanggil ‘UmDAP’ ini, pilihan raya enam negeri yang lepas juga turut dimainkan isu yang sama.

“Saya pasti banyak isu lama akan diputar semula bagi PRK Kuala Kubu Baharu ini kerana mereka telah ketandusan modal dan gunakan modal lama untuk hentam Umno,” katanya menurut Bernama di Pekarangan Kompleks Umno Jelebu Simpang Pertang.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan pembangkang kerjasama antara Umno-DAP ditolak orang ramai termasuk dalam PRK Kuala Kubu Baharu, termasuk tindakan segelintir penyokong Perikatan Nasional (PN) gabung logo Umno dan DAP ketika hari penamaan calon.

Zahid, yang juga pengerusi Barisan Nasional, berkata “beberapa siri penjelasan akar umbi telah dilakukan, maka perkara agak kabur pada satu ketika itu telah mula ada pencerahan.”

Pada PRK 11 Mei, Pang berdepan tiga pencabar, iaitu Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia), dan Nyau Ke Xin (bebas).

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Pada 29 April, Pemuda Umno Selangor membuat laporan polis berhubung papan tanda yang menggabungkan logo Umno dan DAP, dikatakan dibawa penyokong PN ketika hari penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu.

Setiausaha Pemuda Umno Selangor, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan, berkata ia bertujuan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan yang menjadi kesalahan mengikut Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker