Persoal Kasino: Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM tanya kerajaan adakah beliau juga akan ditangkap?
Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya menyoal jika dia juga akan ditangkap kerana mahukan jawapan berhubung isu kasino.
“Sekarang kita tangkap individu kerana bertanyakan soalan. Kasino adalah pembaziran, negatif dari segi sosial dan hanya memperkayakan bos-bos kasino yang besar.
“Sehingga ini hanya penafian kosong daripada kerajaan. Saya juga mahukan jawapan mengenai isu kasino yang dilaporkan oleh Bloomberg.
“Adakah anda akan menangkap saya juga,” soalnya melalui satu hantaran di media sosial hari ini.
Latheefa yang juga seorang peguam dipercayai membangkitkan perkara itu selepas pihak polis menahan Badrul Hisham Shaharin berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Sabtu lalu.
Awal hari ini, ahli jawatankuasa Penerangan Bersatu yang dikenali sebagai Chegu Bard itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Badrul berdepan dua pertuduhan memfitnah dan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, Badrul, 45 tahun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerbitkan penerbitan menghasut di Facebook di bawah perenggan 4(1)c Akta Hasutan 1948 [Akta]15 yang boleh dihukum dibawah subseksyen 4(1) akta yang sama yang dilakukan pada 6 April lalu.
Dia juga berdepan pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah di mana dia didakwa mempunyai sebab untuk percaya bahawa ia akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.
Badrul turut memaklumkan dia akan didakwa sekali lagi esok di bawah akta hasutan di Mahkamah Seksyen Johor Bahru.
Menurutnya, pertuduhan itu berkaitan satu hantaran yang dibuatnya di media sosial mengenai projek kasino di Forest City.
“Esok, satu lagi. Esok, saya akan bertolak ke Johor Bahru di Mahkamah Seksyen Johor Bahru kerana saya sekali lagi dituduh dibawah Akta Hasutan…
“Kerana komentar saya di Faceebook berkenaan dengan laporan Bloomberg mengenai pembukaan Casino,” katanya pada sidang media di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aliff menangis Sarah minta putus hubungan
- Ruhainies mahu bersemuka dengan Bella, Sarah
- Bertengkar sampai langgar kereta jiran
- Tak sampai 2 tahun, kerajaan PN Perlis dah terpalit siasatan SPRM
- PRK Kuala Kubu Bharu: Calon Melayu vs Calon Cina, yang mana pilihan pengundi?
- Norjuma didakwa tendang, cakar dan tampar tiga individu
- Tanah keluarga pelakon dipindah milik PTG Selangor tanpa pengetahuan
- Tertekan hon punca kekecohan ketika upacara pengebumian Komander Muhammad Firdaus (Video)
- Aliff Aziz mati kutu nak bayar ansuran kereta
- Aliff dan Ruhainies sanggup berkomplot jatuhkan Bella
- Emma Maembong tersilap langkah ‘voice note’ Ruhainies isu Bella Astillah
- Ruhainies jangan kaitkan nama saya – Chacha Maembong
- Bruce Gilley ‘cabut’ balik, dakwa Malaysia tak selamat
- Akmal bidas Adun Bersatu, Aleef Yusof
- Akaun fleksibel KWSP boleh keluar bila-bila masa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular
Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung
Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan
You must be logged in to post a comment.