Battle of The Reds 2024: Liverpool titik United di Bukit Jalil

Liverpool Reds menewaskan Manchester Reds 4-2 dalam aksi pertunjukkan ‘Battle of The Reds 2024’ di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pertembungan antara skuad legenda dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berlangsung meriah di hadapan ribuan penyokong dengan Djibril Cisse meletakkan Liverpool Reds di depan pada minit ke-16.

Kedudukan itu bagaimanapun hanya bertahan seminit apabila Manchester Reds bangkit mengikat kedudukan menerusi jaringan yang disumbangkan Dimitar Berbatov.

Aksi terus menarik dengan giliran Manchester Reds pula berada di depan hasil ledakan Danny Webber pada minit ke-39 sebelum Cisse menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan, lima minit kemudian.

Cisse kemudian melakar hatrik pada minit ke-51 juga menerusi jaringan penalti sebelum Florent Sinama meledak gol keempat pada minit ke-75, sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya Liverpool Reds.

Antara bekas pemain yang beraksi adalah termasuk Dimitar Berbatov, Mikael Silvestre, Wes Brown dan Teddy Sheringham buat Manchester Reds.

Liverpool Reds pula menampilkan Emile Heskey, Djibril Cisse, Florent Sinama, Steve McManaman, John Arne Riise, Vladimir Smicer dan Luis Garcia.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker