‘Penjemput’ Profesor Pro Zionis akhirnya bersuara

Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM) memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kenyataan tidak bertanggungjawab ahli akademik kontroversi dari Amerika Syarikat (AS), Bruce Gilley yang mendakwa Malaysia mahukan “Holocaust kedua terhadap orang Yahudi”.

Jabatan itu turut memberi jaminan akan menambah baik proses tapisan membabitkan profesor pelawat.

“Kami amat kesal dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Gilley pada 24 April. Kami memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, kerajaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan warga UM,” katanya dalam kenyataan.

“Kami amat memandang berat dan serius terhadap perkara ini dan akan menambah baik proses tapisan, perancangan dan penganjuran program bagi memastikan platform yang diberikan tidak dimanipulasi mana-mana pihak pada masa akan datang.”

Selasa lalu, Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir mengarahkan pembatalan serta-merta semua program dan aktiviti membabitkan Gilley, profesor sains politik dari Portland State University, yang menerusi ucaptamanya di UM mendakwa Malaysia mahukan “Holocaust kedua terhadap orang Yahudi”.

Gilley pada mulanya dijadual menyampaikan tiga ceramah di UM sebagai profesor pelawat. Dia turut memuat naik komen sama di X sebelum memadamkannya dan menyuarakan kekesalan atas “kemudaratan ditimbulkan kepada rakan akademik saya”.

Bagaimanapun, Gilley kemudian mendakwa dia meninggalkan Malaysia atas kebimbangan terhadap keselamatannya disebabkan “kelompok Islamo-fasis yang dicetuskan kerajaan di sana” dan melancarkan kempen mengumpul dana di GoFundMe untuk menampung kos perjalanan berjumlah USD2,346 (RM11,222).

Dia menolak pembayaran balik oleh UM untuk perbelanjaan perjalanan dan penginapan “akibat kelakuannya yang memalukan dan kerajaan Malaysia”.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker