Syasya bergerak solo?

Syasya bergerak solo?

Bekas anggota Dolla, Syasya Rizal masih bernaung di bawah syarikat rakaman, Universal Music Malaysia biarpun sudah mengambil keputusan mengundurkan diri daripada kumpulan sensasi itu pada 8 April lalu.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, kontrak Syasya masih belum tamat dan mempunyai untuk tempoh tertentu yang tidak boleh dinyatakan kepada umum.



“Saya tidak boleh beritahu berapa lama lagi kontrak Syasya bersama Universal Music Malaysia, tapi dia tidak terikat untuk buat lagu dan sebagainya lagi.

“Setiap anggota Dolla menandatangani kontrak dengan kami secara individu. Buat masa ini, Syasya buat keputusan untuk berehat dulu kerana berkahwin.

“Kami masih belum buat perbincangan mengenai apa yang akan dilakukannya selepas keluar daripada Dolla,” katanya ditemui pada majlis rumah terbuka Universal Music Malaysia di sebuah hotel di Petaling Jaya, kelmarin.

Kim memberitahu, syarikat rakaman tidak menolak kemungkinan sekiranya penyanyi berusia 23 tahun itu bergerak secara solo.



“Syasya memaklumkan mahu undur diri kira-kira dua minggu sebelum pengumuman dibuat. Kami juga tidak boleh janji sama ada Syasya akan bergerak secara solo atau tidak.

“Segala-galanya bergantung kepada perbincangan, jadi buat masa ini, kami dimaklumkan Syasya mahu berehat buat sementara waktu,” katanya.

Ditanya sama ada mempunyai perancangan menggantikan tempat Syasya dengan anggota baharu, Kim berkata, pihaknya masih belum mempunyai perancangan ke arah itu.

“Pada tahun ini, Dolla yang tinggal bertiga akan terus komited dan bekerja keras untuk mengukuhkan jenama mereka,” katanya. BH



Syasya bergerak solo?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular



Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan



‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker