Helikopter bertembung: Bapa reda pemergian ‘tulang belakang’ keluarga
Helikopter bertembung: Bapa reda pemergian ‘tulang belakang’ keluarga
Segamat: Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang menjadi tulang belakang keluarga, sebagai satu kehilangan besar.
Mohamad Borak, 71, bagaimanapun berkata, mereka sekeluarga reda dengan kehilangan anak keduanya itu walaupun arwah individu yang banyak membantu adik-adiknya terutama dari segi kewangan.
Menurutnya, perkara yang akan paling diingati tentang arwah adalah ketegasan terhadap adik-adiknya lebih-lebih lagi dalam aspek pelajaran selain selalu berpesan supaya mereka belajar bersungguh-sungguh.
“Arwah selalu bantu keluarga dari segi kewangan, sara bantu pelajaran adik-adik dan kalau saya memerlukan duit dia yang akan menunaikan tanggungjawab itu bagi membantu meringankan beban kami.
“Biasalah…dia tegas dengan adik-adiknya, sebagai abang mestilah tegas,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Felcra Bukit Kepong, Labis, di sini hari ini.
Mohamad yang berbangga dengan pilihan kerjaya anaknya sebagai tentera, berkata kali terakhir mereka berjumpa pada 1 Syawal lepas dan arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan
Sementara itu, adik mangsa, Marhamah Mohamad, 36, berkata, dia tidak menyangka latihan yang disertai oleh abangnya itu adalah raptai terakhir.
Dia yang juga jurutera perisian digital dan anggota Pasukan Simpanan Sukarela TLDM di Johor Bahru, menyifatkan arwah seorang yang tegas, mengambil berat dan bertanggungjawab serta tidak lokek dalam membantu menanggung perbelanjaan sekolah adik-adiknya.
Muhamad Amir, juruterbang pesawat Fennec yang terbabit nahas ketika mengikuti latihan sempena hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut bersama Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139).
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Bukit Kepong, esok
Helikopter bertembung: Bapa reda pemergian ‘tulang belakang’ keluarga
Baca Artikel Menarik:
- Jutawan Malaysia bawah 30 tahun semakin meningkat
- Nasi Lemak pun CIA nak sibuk
- Tengku Zafrul akan diberi tugas baharu – Zahid
- Kenyataan Anwar bukti Titah Adendum wujud, kenapa disorok? – Yana
- Jururawat pengsan ditumbuk di tepi jalan, ini penjelasan polis
- ‘Raja Jalanan’ hilang takhta
- Suspek kes tembak di KLIA ucap masih sayang isteri
- Siti Mastura jadi bahan lagi
- PM bakal umum kenaikan gaji penjawat awam 1 Mei ini
- Bekas Menteri PH rancang ‘khianat’ Anwar dalam PRK Kuala Kubu Baharu
- Pemegang saham utama HeiTech Padu bukan lagi Farhash Salvador
- Kerajaan seperti mempermainkan titah Agong – Ahmad Jazlan
- Mahathir ‘melompat’ lagi, dakwa kini undang-undang ‘mengancam rakyat’
- Tuan Ibrahim nafi makan duit Bersatu
- Lelaki Russia beli emas AS$65 juta di Singapura untuk dana ceroboh Ukraine
Layari Laman Facebook MYKMU.NET