Tok Mat melawat China
Tok Mat melawat China
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan sedang mengadakan lawatan rasmi ke China (RRC) hingga 25 April 2024.
Lawatan ini adalah yang pertama beliau susulan pelantikan beliau selaku Menteri Luar Negeri pada 12 Disember 2023.
Kementerian Luar berkata, lawatan ini amat penting kerana Malaysia dan China meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tahun ini, serta ulang tahun ke-11 penaiktarafan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.
Di Beijing, Mohamad akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi, untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
Pertemuan tersebut akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk menilai kemajuan kerjasama dua hala dan meneroka bidang kolaborasi baharu.
Di samping itu, Mohamad juga dijadualkan untuk bertemu dengan Liu Jianchao, Menteri Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat dan pegawai-pegawai kanan lain dari Parti Komunis China serta akan mengadakan sesi libat urus dengan diaspora Malaysia.
China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia untuk 15 tahun berturut-turut.
Pada tahun 2023, jumlah dagangan antara Malaysia dan China bernilai RM450.84 bilion (AS$98.80 bilion). MG
Tok Mat melawat China
Baca Artikel Menarik:
- Jutawan Malaysia bawah 30 tahun semakin meningkat
- Nasi Lemak pun CIA nak sibuk
- Tengku Zafrul akan diberi tugas baharu – Zahid
- Kenyataan Anwar bukti Titah Adendum wujud, kenapa disorok? – Yana
- Jururawat pengsan ditumbuk di tepi jalan, ini penjelasan polis
- ‘Raja Jalanan’ hilang takhta
- Suspek kes tembak di KLIA ucap masih sayang isteri
- Siti Mastura jadi bahan lagi
- PM bakal umum kenaikan gaji penjawat awam 1 Mei ini
- Bekas Menteri PH rancang ‘khianat’ Anwar dalam PRK Kuala Kubu Baharu
- Pemegang saham utama HeiTech Padu bukan lagi Farhash Salvador
- Kerajaan seperti mempermainkan titah Agong – Ahmad Jazlan
- Mahathir ‘melompat’ lagi, dakwa kini undang-undang ‘mengancam rakyat’
- Tuan Ibrahim nafi makan duit Bersatu
- Lelaki Russia beli emas AS$65 juta di Singapura untuk dana ceroboh Ukraine
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.