TLDM tubuh Lembaga Siasatan tragedi dua helikopter bertembung
TLDM tubuh Lembaga Siasatan tragedi dua helikopter bertembung
LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan sebuah lembaga siasatan bagi menyiasat nahas membabitkan dua helikopter pasukan itu yang berlaku di Pangkalan TLDM Lumut, pagi ini.
Cawangan Komunikasi Strategik TLDM berkata, nahas jam 9.32 pagi itu membabitkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter Fennec TLDM yang terhempas ketika menyertai raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90.
“Insiden ini membabitkan 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM.
“Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman.
“TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Susulan kejadian itu juga, TLDM memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan.
Setakat ini, TLDM tidak mengeluarkan senarai nama semua mangsa yang terbunuh dalam nahas itu.
Terdahulu, media melaporkan kedua-dua pesawat itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi sebelum kedua-duanya bertembung ketika menyertai formasi penerbangan.
Susulan pertembungan yang berlaku, pesawat HOM yang dinaiki tujuh kru terhempas di Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec yang membawa tiga lagi individu terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.
Nahas itu menyebabkan sebahagian komponen helikopter yang berkecai berterbangan sekitar tempat ia terhempas. BH
[videopress gPhk97Ze]
TLDM tubuh Lembaga Siasatan tragedi dua helikopter bertembung
Baca Artikel Menarik:
- Jutawan Malaysia bawah 30 tahun semakin meningkat
- Nasi Lemak pun CIA nak sibuk
- Tengku Zafrul akan diberi tugas baharu – Zahid
- Kenyataan Anwar bukti Titah Adendum wujud, kenapa disorok? – Yana
- Jururawat pengsan ditumbuk di tepi jalan, ini penjelasan polis
- ‘Raja Jalanan’ hilang takhta
- Suspek kes tembak di KLIA ucap masih sayang isteri
- Siti Mastura jadi bahan lagi
- PM bakal umum kenaikan gaji penjawat awam 1 Mei ini
- Bekas Menteri PH rancang ‘khianat’ Anwar dalam PRK Kuala Kubu Baharu
- Pemegang saham utama HeiTech Padu bukan lagi Farhash Salvador
- Kerajaan seperti mempermainkan titah Agong – Ahmad Jazlan
- Mahathir ‘melompat’ lagi, dakwa kini undang-undang ‘mengancam rakyat’
- Tuan Ibrahim nafi makan duit Bersatu
- Lelaki Russia beli emas AS$65 juta di Singapura untuk dana ceroboh Ukraine
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.